Cara-Cara Menyingkir Ketua Kerajaan

Dari segi sistem parlimen model Westminster yang diamalkan oleh Malaysia, di peringkat Persekutuan mahupun Negeri, sesorang ketua kerajaan boleh disingkir dengan dua cara:

(1) Di singkir directly sebagai PM atau MB atau CM.

Kaedah ini memerlukan suatu undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Undi tidak percaya ini juga boleh diekspresikan dengan tidak kelulusan undi sebarang rang undang-undang negara atau enakmen negeri.

Tetapi jika itu berlaku seluruh Jemaah Menteri atau EXCO juga akan letak jawatan dan pilihanraya akan di adakan.

Ini adalah mengikut perlembagaan negara atau negeri.

Di maklumkan, di peringkat Persekutuan, kaedah pertama ini tidak pernah digunapakai.

(2) Memecat pemimpin parti yang memerintah.

Kaedah ini memerlukan ketua-ketua bahagian parti yang memerintah bermuafakat dengan suara majoriti atau sebulat suara menyatakan mereka hilang keyakinan kepada pemimpin parti tersebut.

Kaedah ini cuba digunapakai oleh TSMY tahun lepas tetapi beliau hanya mendapat sokongan dari sebilangan kecil ketua-ketua bahagian.

Ini adalah mengikut perlembagaan parti.

Dame Margaret Thatcher di singkirkan dari jawatan Perdana Menteri United Kingdom dengan kaedah kedua tersebut di atas.

Maknanya, suara rakyat tidak di ambil kira di dalam pemilihan ketua kerajaan dan hanya apabila ada pilihanraya, pungutan suara rakyat akan di ambil kembali.

Ini adalah cara sistem politik negara ini.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206691843548737