Cerita Seorang Bekas Perdana Menteri Dan Rasionalisasi Subsidi

Itulah dia program rasionalisasi dan pengurangan hutang. Jadi apa yang dilakukan oleh 1MDB ini bukan apa yang kebiasaanya dilakukan oleh pengurus pemulihan syarikat? Lee Iacocca berjaya melakukannya pada tahun 1979 apabila beliau memulihkan Chrysler. Dan ianya masih dilakukan sehingga hari ini, sekiranya Mahathir tidak tahu mengenainya.


“Peguam Negara (AG) akan mengabaikan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai derma politik RM2.6 bilion dan skandal SRC International berjumlah RM42 juta,” menurut Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir kemudiannya menambah apa yang 1MDB baru umumkan tidak boleh dipanggil ‘rasionalisasi’.

Pelan rasionalisasi yang dibentangkan oleh Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy untuk menyelesaikan hutang firma tersebut bukanlah sebuah pelan yang sebenar, ujar Dr Mahathir dalam temubual dengan Free Malaysia Today hari ini.

Beliau berkata, langkah yang diperkenalkan hanyalah kaedah-kaedah bagaimana hutang akan dibayar dan menambah, “Tidak ada pelan rasionalisasi. Jika mereka fikir rasionalisasi adalah hanya pembayaran hutang, itu bukan rasionalisasi. Ianya kehilangan wang yang kita perlu rasionalisasikan.”

Nampaknya Dr Mahathir cuba membantutkan apa yang akan terjadi. Beliau tahu tuduhan yang dilemparkan beliau langsung tiada asas jadi beliau ingin menutup tuduhan beliau itu dengan menuduh AG akan mengabaikan hasil siasatan SPRM.

Sebenarnya, SPRM akan mengumumkan yang di dalam laporannya, tiada jenayah yang telah dilaporkan dan tuduhan terhadap 1MDB dan Perdana Menteri Najib Razak adalah tidak benar sama sekali. Dan berdasarkan ini, Peguam Negara pastinya akan menutup terus kes ini.

Jadi, untuk menghalang perkara ini dan untuk mengelak kelihatan tidak bijak, Dr Mahathir membuat ramalan yang Peguam Negara tidak akan mengambil tindakan ke atas laporan oleh SPRM. Ia akan kelihatan seperti apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir selama ini adalah benar (yang jenayah telah dilakukan) tetapi ianya telah diabaikan oleh Peguam Negara dan tiada tindakan diambil.

Bila itu terjadi, Dr Mahathir pastinya akan berkata “Saya dah cakap. Saya tahu perkara ini akan terjadi.”

Benar, Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku. Tetapi ianya akan berlaku disebabkan oleh perkara lain dan bukannya disebabkan apa yang telah didakwa oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir juga mengkritik pelan rasionalisasi 1MDB. Ini kerana beliau tidak memahami bagaimana kewangan berfungsi dan sebab itulah terdapat begitu banyak projek yang gagal dalam 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Pada Jun 2015, 1MDB telah menyerahkan pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang kepada Kabinet dan mengumumkan ianya akan dilengkapkan menjelang Disember. Dan ianya telah berjaya dilakukan. Satu-satunya perkara yang tidak difahami oleh Dr Mahathir adalah erti ‘rasionalisasi dan pengurangan hutang’

Definisi Rasionalisasi – Rasionalisasi bermaksud menyusun semula sesebuah syarikat untuk meningkatkan kecekapannya. Penyusunan semula ini boleh jadi perkembangan atau pengurangan saiz syarikat, pertukaran polisi, atau perubahan/pembaikan strategi.

Kamus Cambridge mendefinisikan rasionalisasi syarikat sebagai menjadikannya, antara lain, cara beroperasi, pelan dan strategi lebih berkesan. Ini juga boleh dicapai dengan menggabungkan atau membatalkan sesetengah aktiviti/perniagaan atau mengurangkan kerugian berbanding mengepam lebih banyak wang.

Disebabkan itulah, 1MDB telah berjaya mencapai pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang, walaupun Dr Mahathir berkata sebaliknya. Mereka yang memahami erti ‘rasionalisasi dan pengurangan hutang’ pasti akan memahami perkara ini. Mengurangkan kerugian dan berhenti membelanjakan wang strategi biasa di dalam program rasionalisasi dan pengurangan hutang.

Ada yang memanggil ia sebagai ‘membaik pulih’ syarikat. Anda hentikan kejatuhan atau ‘pendarahan’. Sebaik kejatuhan dihentikan dan pendarahan dihentikan, anda kemudiannya melancarkan fasa kedua, untuk mengimbangkan kewangan dan membawa keuntungan.

Satu ketika dahulu saya ditugaskan untuk memulihkan sebuah syarikat. Kerugian terkumpulnya telah melebihi modal berbayar syarikat, maka secara teknikalnya ianya telah bangkrap.

Saya lihat kepada 3 punca kerugian utama, yang merangkumi 70% dari keseluruhan kerugian. Saya mengambil masa setahun untuk memperbaiki 3 punca ini dan mengurangkan kerugian syarikat ke paras yang boleh ditangani. Kami tutup jabatan yang mencatatkan kerugian dan menghentikan pekerja. Kami mengambil pekerja baru yang masih muda, dibayar gaji yang lebih rendah dan lebih produktif dari staf lama yang malas.

Saya kemudiannya melihat aset tetap syarikat, yang telah dibeli 30 tahun sebelumnya yang tidak pernah dinilai semula dan masih disenaraikan pada harga belian. Saya kemudiannya menjual aset ini pada harga pasaran dan mencatatkan keuntungan. Maka syarikat tidak lagi bangkrap kerana keuntungan dari penjualan aset ini telah menghapuskan kerugian terkumpul.

Kami kemudiannya menjual syarikat tersebut dan keuntungan yang dicatatkan menampung kos pembelian syarikat induknya yang tersenarai di bursa saham. Pendeknya, selepas pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang selesai – yang termasuk penjualan aset penjualan anak syarikat tadi yang telah pulih – kami dapat membuat syarikat induk senaraian awam itu bebas.

Itulah dia program rasionalisasi dan pengurangan hutang. Jadi apa yang dilakukan oleh 1MDB ini bukan apa yang kebiasaanya dilakukan oleh pengurus pemulihan syarikat? Saya buat 30 tahun lepas. Lee Iacocca berjaya melakukannya pada tahun 1979 apabila beliau memulihkan Chrysler. Dan ianya masih dilakukan sehingga hari ini, sekiranya Mahathir tidak tahu mengenainya.

Apapun, Tony Pua dan Rafizi Ramli masih menyalak dan mula kedengaran seperti Muhyiddin Yassin. Nampaknya Tony dan Rafizi telah menggantikan Khairuddin Abu Hassan sebagai anjing salakan Muhyiddin Yassin. Nampaknya mereka tidak begitu gembira yang 1MDB telah membuktikan mereka salah. Sebab itu mereka menyalak sehingga berbuih mulut sampai sekarang.

Kesian sungguh. Mereka patut menerima hakikat yang mereka telah tewas. Atau adakah mereka berdua ini tidak memahami apa itu program rasionalisasi dan pengurangan hutang, sama seperti Muhyiddin dan Mahathir?

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/and-dr-mahathir-is-still-grumbling/