DAP Terima Latihan Dari Mossad?

Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman menegaskan beberapa kali bahawa DAP mempunyai hubungan istimewa dengan Israel.

Pada 2012, Razali telah mendedahkan hubungan DAP-Israel ketika berceramah di Putrajaya:
—–
Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
—–
Ceramah Razali di Putrajaya merupakan ceramah yang ke-105 yang pernah dilakukan pada tahun itu dalam tempoh tiga bulan.

Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP”. https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/31/pendedahan-mohamad-razali-bekas-pengarah-strategik-hal-ehwal-orang-melayu-islam-dap/

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/02/apakah-hubungan-istimewa-israel-dengan-dap-razali/