DAP Yang Bodoh Sombong

DAP YANG BODOH SOMBONG

Orang Melayu mempunyai panggilan khas yang tidak dijumpai di dalam Bahasa Inggeris. Ianya adalah Bodoh-Sombong dan kalau terjemahan langsungnya, dipanggil Ignorant-Arrogant. Secara asasnya ia merujuk kepada seseorang yang bodoh tetapi begitu sombong untuk menyedarinya atau yang merasakan diri mereka pandai.

Sebab mengapa saya panggil DAP bodoh sombong adalah kerana mereka merancang untuk mengadakan pemilihan parti mereka tahun ini. Sebenarnya, mereka tidak boleh mengadakan pemilihan yang baru kerana pemilihan mereka pada tahun 2012 adalah tidak sah dan haram. Jadi mereka perlu membetulkan perkara tersebut sebelum pemilihan yang baru boleh diadakan.

Ianya seperti pelajar yang mahu menduduki peperiksaan STPM tetapi telah gagal di dalam SPM. Dan untuk mengeruhkan keadaan, pelajar itu telah gagal SPM kerana ditangkap meniru. Dan apabila disuruh untuk menduduki semula SPM, pelajar terbabit enggan dan mahu menduduki STPM.

Pada 15 dan 16 Disember 2012, DAP telah menganjurkan kongres parti dan pemilihan parti di Pulau Pinang. Kongres itu diadakan secara tergesa-gesa (dan secara sulit), tanpa publisiti dan notis untuk kongres itu dihantar kurang dari 10 hari.

Jumlah delegasi yang layak hadir adalah 2,576. Walau bagaimanapun, 1,300 delegasi yang layak mendakwa mereka tidak menerima sebarang jemputan untuk ke kongres itu.

Maka, hanya 1,823 delegasi yang menghadiri kongres ini. Walaubagaimanapun, dalam kalangan 1,823 delegasi tersebut, 547 disahkan sebagai delegasi haram dan tidak layak hadir ke kongres dan mengundi di dalam pemilihan parti.

Jadi ada 3 perkara yang salah. Pertama, tempoh notis yang terlampau singkat. Kedua, tidak semua delegasi yang layak menerima notis mereka. Ketiga, 1/3 dari delegasi adalah delegasi haram yang tidak layak menghadiri kongres dan mengundi di dalam pemilihan.

Apabila keputusan pemilihan diumumkan, sekumpulan ahli DAP telah membuat laporan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mendakwa terdapat unsur penipuan di dalam pemilihan, manipulasi undi, delegasi haram mengundi, kegagalan mengeluarkan notis yang sepatutnya, ramai delegasi yang layak tidak menerima jemputan dan sebagainya.

Seksyen 14 (1), Akta Pertubuhan 1966 berkata, anda mesti memfailkan Laporan Tahunan kepada RoS dalam tempoh 60 hari. DAP memfailkan Laporan Tahunan pada 8 Februari 2013 tetapi minit mesyuarat tidak disertakan sekali. Maka ianya tidak lengkap dan ditolak.

Apapun, isunya adalah cukup mudah. DAP perlu mengadakan pemilihan 2012 sekali lagi. Ianya perlu pemilihan semula, bukan pemilihan baru. Apa sahaja keputusan yang dibuat sejak Disember 2012 adalah tidak sah kerana pemilihan parti, dan jawatankuasa yang dipilih sejak pemilihan itu, adalah tidak sah.

Malah, jika DAP menghantar notis untuk pemilihan parti yang baru, ianya juga tidak sah kerana ianya dilakukan oleh jawatankuasa yang tidak sah. Satu-satunya cara untuk menyelesaikan perkara ini adalah memanggil semula kesemua 2,576 delegasi yang layak pada kongres Disember 2012 dan mengadakan pemilihan parti sekali lagi.

Dan inilah yang enggan dilakukan DAP. Dan sehingga tindakan diambil, situasinya masih tidak jelas. Ia tidak boleh adakan pemilihan parti yang baru. Ia tidak boleh menandatangani surat watikah untuk calonnya bertanding di dalam PRU dan banyak lagi.

Pada PRU sebelum ini, PAS menawarkan DAP untuk bertanding di bawah PAS. Mungkin di dalam PRU yang seterusnya, DAP boleh bertanding di bawah AMANAH kerana Amanah lagipun adalah proksi DAP.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/dap-is-bodoh-sombong/