Dunia Ini Hanya Sekelip Mata Dan Tidak Kekal.

Ada seorang Melayu “liberal” yang tersohor.

Saya kawan baik dengan beliau.

Dia pernah mengeluh kenapa orang Melayu urban terlalu senang melenting dan marah mengenai perkara-perkara mengenai agama Islam. Mengapa terlalu konservatif, mengapa terlalu kolot??

Saya menjawab, “Kita perlu melihat bagaimana mereka berfikiran begitu.”

Bayangkan ada yang duduk flat, naik motor hujan, panas, cari rezeki.

Tiap-tiap hari melihat kereta-kereta mewah di sana sini.

Mereka merasakan bahawa kehidupan mereka tersekat kepada peringkat yang susah sahajalah.

Kita juga harus ingat jika dulunya di kampung-kampung, mereka mempunyai jaringan sokongan dari masyarakat dan keluarga sekampung.

Apabila berpindah ke bandar, mereka keseorangan.

Nilai-nilai yang dipertekankan oleh masyarakat kampung dilihat mereka terumbang-ambing di campak ke sana sini.

Mereka merasakan tersisih dari arus peningkatan pendapatan yang mereka lihat sebagai hak golongan elit sahaja.

Jadi, ke manakah mereka tujukan perhatian mereka agar mereka mendapat petunjuk dan perlindungan – dari Allah.

Jadi, kalau dunia ini di rasakan terdapat “glass ceiling” menghalang mereka dari meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi mereka, tidak apalah, dunia ini hanya sekelip mata dan tidak kekal.

We need to understand more before we condemn other people.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206661183742261