Gantung Biasiswa Kementerian Pendidikan Bagi Program Prauniversiti Masih Belum Diputuskan.

Keputusan untuk menggantung sementara biasiswa Kementerian Pendidikan bagi program prauniversiti masih belum diputuskan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zainal Zabidi Zainal berkata perkara tersebut hanyalah cadangan yang mana ia akan dibentangkan kepada jemaah Kabinet.

“Langkah penggantungan itu hanya cadangan dan belum diputuskan kerajaan. Kita akan bentangkan kepada kabinet,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut menafikan bahawa beliau ada mengesahkan atau mengumumkan untuk menghentikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Dalam cerita bahawa saya mengesahkan bahawa kerajaan akan ditutup sementara kepada biasiswa JPA adalah tidak betul, laporan juga memetik di luar konteks, tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi miliknya.

“Dari awal lagi, saya tidak mengumumkannya atau mengesahkan berita itu.”

Sebelum itu, Dr Wee yang dipetik laporan MStar Online meminta semua pihak jangan menganggap bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berhenti mengagihkan dana terhadap semua biasiswa.

“Apabila berita JPA menghentikan biasiswa telah tersebar, ia menyebabkan keadaan panik.

“Sebaliknya, bahawa sekarang, hanya mereka yang menerima bursari pra-universiti yang terjejas,” ujarnya.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/22/biasiswa-gantung-sementara-hanya-cadangan-jpa/#ixzz3xxXDs3Hq