Hak Untuk Mempertahankan Diri Tertakluk Kepada Peruntukan Undang-Undang Yang Lain

Nampaknya kebanyakan rakyat Malaysia bersatu berkenaan hal melibatkan Mohamad Zulkifli Ismail, yang didakwa telah menikam 2 lekaki yang dipercayai cuba merompak beliau di rumahnya. Beliau telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Apa yang tidak diketahui ramai adalah apa yang dilalui oleh Mohamad Zulkifli adalah normal. Di dalam kebanyakan kes yang terdapat keraguan munasabah, akan tersedia pembelaan undang-undang, di mana pembelaan itu akan dirayu oleh defendan ketika beliau sedang dibicarakan (kecuali jika tiada proses undang-undang dimulakan apabila Peguam Negara menggunakan kuasanya untuk tidak memulakan pendakwaan).

Sebagai perbandingan, undang-undang mempertahankan diri tanpa kawalan akan diperiksa. Undang-udang ini akan digunakan apabila satu-satu kesalahan atau jenayah dilakukan ‘oleh anggota badan tanpa kawalan fikiran’ (di dalam kes yang dikendalikan Lord Denning Bratty Vs A-G Ireland Utara)

Ketidakupayaan kawalan fizikal oleh defendan terhadap kelakuan dan tindakannya akan menjadikan tindakannya itu luar kawalan dan “tiada kesalahan boleh dihukum jika dilakukan luar kawalan” (Lord Denning Bratty Vs A-G Ireland Utara).

Malah, di dalam situasi automatisme adalah sebahagian dari fakta kes, secara umumnya, defendan masih akan didakwa dengan kesalahan, mengaku tidak bersalah, dibicarakan dan kemudiannya akan membuktikan diri tidak bersalah.

Dan untuk pembelaan mempertahankan diri, hujah dan undang-undang mengenainya boleh dijumpai di dalam Seksyen 96-106 Kanun Keseksaan. Yang berkaitan dan relevan dengan Mohamad Zulkifli yang dibincangkan di bawah:



SEKSYEN 96 KANUN KESEKSAAN
“Tiada apa-apa kesalahan dilakukan ketika menggunakan hak untuk mempertahankan diri”

Peruntukan ini akan melepas dan membebaskan Mohamad Zulkifli dari liabiliti kesalahan jika dapat dibuktikan beliau benar-benar menggunakan hak beliau untuk mempertahankan diri.

Walaubagaimanapun, Ketua Polis Negara adalah benar apabila beliau berkata “Bukan hak mutlak untuk membunuh seseorang.”

Hak untuk mempertahankan diri tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang lain, yang kita akan bincangkan menurut turutan.



SEKSYEN 97 KANUN KESEKSAAN
“Setiap orang mempunyai hak, yang terhad kepada peruntukan yang terkandung di dalam Seksyen 99 untuk mempertahankan harta terhadap apa sahaja kelakuan dan tindakan yang jatuh di bawah perlakuan merompak.”

Berdasarkan beberapa fakta yang kita ketahui setakat ini, adalah jelas Seksyen 97 akan menyokong kes Mohamad Zulkifli kerana beliau mempertahankan rumah beliau di Kampung Labohan, Kerteh, Terengganu dari 2 orang Perompak.


SEKSYEN 103 KANUN KESEKSAAN
“Hak mempertahankan diri untuk harta benda merangkumi, di bawah peruntukan yang disebut Seksyen 99, menyebabkan kematian secara sengaja atau kemudaratan yang lain terhadap pelaku kesalahan, jika kesalahan tersebut berlaku dan hak mempertahankan diri digunakan ketika kesalahan merompak berlaku.”

Seksyen 103 hanyalah lanjutan dari Seksyen 97. Di dalam kes Mohamad Zulkifli, penggunaan hak mempertahankan diri beliau telah menyebabkan beliau secara sengaja menyebabkan kematian dua orang perompak. Maka, adalah jelas peruntukan di dalam Seksyen 103 adalah lebih tepat untuk digunakan.



SEKSYEN 99 KANUN KESEKSAAN
Seksyen ini menyenaraikan senarai perlakuan yang tidak membenarkan sebarang penggunaan pertahanan diri. Yang keempat yang kemungkinan relevan dengan kes Mohamad Zulkifli.

“Hak untuk mempertahankan diri tidak termasuk mendatangkan kemudaratan yang lebih dari sepatutnya ketika mempertahankan diri.”

Ini secara asasnya isu kesesuaian. Adakah penggunaan hak mempertahankan diri oleh Mohamad Zulkifli seiring dengan keperluan untuk mempertahankan harta benda beliau dari 2 orang perompak?

Oleh Joshua Wu,
http://www.malaysia-today.net/self-defence-mohamad-zulkifli/