Jadi Lembaga Pengarah Bukan Satu Bentuk Hadiah

Mereka yang berfikir bahawa Peguam Negara Apandi dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Tabung Haji sebagai ganjaran untuk RM2.6b benar-benar bebal.

People, sila berfikir secara logik!

Jawatan seperti pelantikan pengarah bukan eksekutif biasanya hanya mendapat RM10 ribu fee pengarah bulananan dan mungkin setakat elaun kehadiran.

Jika anda benar-benar percaya bahawa ia adalah satu ganjaran, maka ia adalah benar-benar ganjaran yang tidak berbaloi, benar-benar kacang putih – terutamanya jika anda rasa ini adalah ganjaran untuk “membantu” PM kekal berkuasa.

Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia lah yang meminta lebih ramai pengarah yang berkelayakan dalam ahli lembaga pengarah Tabung Haji – sebagai salah satu daripada kebimbangan BNM ialah TH mungkin tidak mematuhi peraturan yang berkaitan.

Jadi, bukankah dengan Apandi berada di lembaga pengarah TH akan menjadi sesuatu yang bernilai kepada TH?

Nampaknya seolah-olah orang-orang yang marah kerana isu RM2.6 bilion kini selesai dan mahu menyerang Apandi dengan mendakwa kerusi lembaga pengarah TH adalah suatu upah adalah benar-benar tindakan terdesak.

Berapa banyak anda boleh dapat dengan berada di dalam lembaga pengarah? Apa jenis “hadiah” begini? Guna otaklah.

Bagaimanapun bagi saya, sebagai seorang yang masih menjawat Peguam Negara, saya tidak fikir Apandi harus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah lagi. Mungkin kemudian.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1759897440895709