Kasino 16.5b Dollar HK Bakal Dibina Di Pulau Pinang?

Benarkan resort hiburan berkasino akan dibangunkan di Pulau Jerejak oleh sebuah syarikat dari Hong Kong bernilai 16.5 Billion Dollar HK, soal Ketua Biro Undang-undang dan Pengaduan Awam, Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo Jieh Sheng.

Persoalan itu ditimbulkan berdasarkan kenyataan yang diterimanya melalui e-mail daripada salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan pulau tersebut.

Selain kasino, tiga buah hotel dengan kapasiti 2,200 bilik turut dicadangkan akan dibina di pulau berkenaan.

Jason Loo berkata kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mewartakan Pulau Jerejak kawasan seluas 295 hektar sebagai kawasan hutan simpan kekal juga menimbulkan tanda tanya.

Padahal, katanya, DAP pernah berjanji untuk mewartakan pulau itu sebagai hutan simpan kekal sebagai janji Pilihan Raya Umum pada tahun 2008.

“Barangkali mereka (syarikat dari Hong Kong) mahu membangunkan seluruh Pulau Jerejak.

“Sebab itu, Kerajaan Negeri dari 2008 hingga kini tidak pernah wartakan 295 hektar (Pulau Jerejak sebagi kawasan hutan simpan),” katanya.

Isu pembinaan kasino di Pulau Pinang pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dalam sebuah akhbar China Press pada Jun lalu.

Namun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu, sebaliknya menuduh Teh sebagai seperti ejen UMNO.

“Saya berharap Teh tidak akan bertindak seperti UMNO, yang suka menyebarkan fitnah,” kata Lim

Teh merupakan ADUN DAP yang lantang menentang polisi Lim sebagai Ketua Menteri khususnya berkaitan dengan alam sekitar dan penambakan laut.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/30/resort-hiburan-kasino-bernilai-16-5-billion-dollar-akan-dibina-di-pulau-jerejak/