Kenapa Sekarang Dr M Tidak Mahu Dengar Penjelasan Ku Li

Bukankah Ku Li menyebelahi Mahathir?

 


Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan keputusan dan penjelasan Peguam Negara mengenai Perdana Menteri sudah cukup untuk menjawab isu yang timbul pada masa ini.

“Sehingga kini, jawapan diberi boleh memuaskan hati dengan situasi semasa.

“Jika Peguam Negara sudah membuat keputusan tiada kes ke atas orang yang dituduh, maka tiadalah kes,” katanya yang ditemui di lobi Parlimen di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara yang berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sehubungan itu beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan ditutup atau NFA/KUS, bermakna tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).

Kertas siasatan itu termasuk satu membabitkan dana RM2.6 bilion (jumlah sebenar adalah RM2.08 bilion) dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International (SRC) yang sudah dikemukakan kembali kepada Mohamed Apandi oleh SPRM.

Sumber: http://www.therakyatpost.com/news/2016/01/27/if-the-ag-has-decided-there-is-no-case-then-there-is-no-case-says-tengku-razaleigh-hamzah/