Kepimpinan Itu Berubah Mengikut Kuasa Dunia Dan Tidak Boleh Dijadikan Legasi

Apakah sebab sebenarnya Tun M marah sangat kepada Datuk Seri Najib?

Pada hemat saya yang kerdil ini, saya fikir Tun M marah kerana beliau fikirkan DSN merelaikan (dismantle) legasi beliau.

Tidak dapat dinafikan Tun M bertungkus-lumus bekerja keras untuk membina negara ini.

Beliau fikirkan peninggalan legasi beliau setelah melepaskan jawatan Perdana Meneri adalah terbaik untuk Malaysia.

Legasi ini termasuklah:
– Struktur ekonomi negara
– Dasar luar negara
– Rangka pentadbiran UMNO
– Dasar diplomasi perdagangan antarabangsa
– Dasar kesatuan kerja
– Dasar perindustrian negara
– Peranan dan kedudukan Proton di dalam rangka ekonomi negara

Saya setuju bahawa segala ini adalah tepat dan betul di dalam senario keadaan dunia semasa pentadbiran Tun M.

Tetapi dunia yang wujud semasa Tun M memegang jawatan Perdana Menteri sudah bertukar dengan drastiknya.

Jepun tidak lagi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia. Sekarang China.

Amerika Syarikat bukan lagi di bawah Presiden Bush.

Internet telah mencetus pelbagai revolusi, menggoncang pelbagai industri dan sektor perniagaan.

Kita terpaksa bertukar juga.

Jika tidak, kita akan menjadi suatu negara yang tidak relevan.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206727619883123