Kerajaan Bagi Modal Pada 1MDB Hanya 1Juta

Jika penyenaraian 1MDB di Bursa Malaysia tidak ditergendalakan, 1MDB akan berjalan lancar.

Tetapi, ada pihak tidak suka 1MDB berjaya kerana penjana-penjana kuasa yang diambil alih oleh 1MDB adalah punca aliran hasil berbilion jumlahnya setahun kepada mereka, akan luput.

Jika 1MDB berjaya disenaraikan, hasil dari penjualan saham 1MDB akan digunakan untuk melangsaikan hutang 1MDB kepada suatu tahap yang lebih selesa. Baki hutang yang tinggal boleh diservis dari hasil operasi 1MDB yang ada.

Bila penyenaraian terpaksa dibatalkan, hutang 1MDB kena diselesaikan. Terpaksa jual sebahagian dari aset kepada pembida yang tertinggi.

Kenapa 1MDB banyak hutang? Sebab Datuk Seri Najib tidak mahu guna duit kerajaan. Kerajaan bagi modal RM1.0 juta sahaja.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206727471479413