Kisah Di mana Kerajaan Secara Sulit Menganugerahkan Lesen Pertaruhan Sukan

“Mereka mendakwa 1MDB memperolehi asetnya dengan harga yang murah dan menjualnya pada harga yang cukup tinggi. Vincent Tan pun hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta yang pastinya akan bernilai berbilion ringgit sekiranya lesen itu tidak disekat oleh Abdullah dan Najib.”


Pembangkang menuduh Perdana Menteri Najib Tun Razak menjual Malaysia kepada orang Cina. Apa yang dimaksudkan mereka adalah menjualnya kepada orang Cina dari China. Tidak mengapa untuk kerajaan menjual kepada orang Cina Malaysia, walaupun ianya dibuat di bawah meja dan tidak secara terbuka seperti yang dilakukan oleh 1MDB.

Pada September 2003, sebulan sebelum Tun Dr Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri, kerajan secara sulit menganugerahkan lesen pertaruhan sukan tunggal kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh taikun Vincent Tan. Harganya cukup murah, hanya RM25 juta sedangkan nilai sebenar adalah RM760 juta. Pada masa yang sama juga, Resort Bukit Tinggi milik beliau telah dianugerahkan lesen mesin judi slot bernilai ratusan juta ringgit.

Pada tahun berikutnya, Perdana Menteri Baru Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membekukan lesen pertaruhan sukan Vincent Tan dan ini menyebabkan Mahathir marah. Apabila Tun Abdullah enggan mengalah, Mahathir memulakan langkah dan akhirnya pada tahun 2009, Pak Lah letak jawatan dan Najib ambil alih jawatan Perdana Menteri.

Sebagai satu isyarat kepada Najib, Dr Mahathir berkata “Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah”. Najib tidak tunduk kepada mesej tersebut dan tidak langsung cuba menyenangkan hati orang tua itu. Malah, Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan dan enggan membenarkannya beroperasi – yang akhirnya menentukan nasibnya apabila enggan melayani kehendak Mahathir. Sehingga hari ini, Najib tidak membenarkan lesen itu diteruskan.

Pada bulan yang sama, Vincent Tan menjual 70% lesen judi beliau di dalam Ascot Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam milik beliau sendiri, pada harga RM525 juta – iaitu satu nilai yang sangat jauh dari paras harga pasaran, memandangkan industri perjudian di negara ini, sah dan haram dianggarkan bernilai RM25 bilion setahun. Dan beliau jual pada harga RM525 juta untuk 70% berbanding ketika beliau beli pada harga RM25 juta untuk 100%.

Mereka mendakwa 1MDB memperolehi asetnya dengan harga yang murah dan menjualnya pada harga yang cukup tinggi. Vincent Tan pun hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta yang pastinya akan bernilai berbilion ringgit sekiranya lesen itu tidak disekat oleh Abdullah dan Najib.

Dan seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, jika beliau menjadi Perdana Menteri beliau akan meluluskan lesen itu dan membantu Vincent Tan membuat duit berbilion selama 20 tahun, sama seperti apa yang dilakukan YTL selama lebih 30 tahun dan kini mahukan perjanjian konsesi IPP ditambah lagi 30 tahun supaya lebih banyak bilion dapat dijana.

Dan mereka bercakap seolah-oleh 1MDB adalah satu hal yang sangat besar sedangkan gajah di depan mata tak nampak. Dan lebih menarik, Muhyiddin Yassin telah berjanji akan meluluskan lesen itu jika beliau menggantikan Najib sebagai perdana menteri. Mungkin sebab itulah mereka begitu terdesak untuk menjatuhkan Najib.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/about-najib-selling-the-country-to-the-chinese/