Kroni Kerajaan Terdahulu Yang Kaya Dengan Wang Judi

Pada tahun 1995, Sports Toto yang sangat menguntungkan yang sebelumnya milik kerajaan telah dijual – tanpa sebarang pengumumum awam mengenai tawaran itu – kepada Vincent Tan. 70% dari keseluruhan saham bernilai RM28 juta ringgit telah dijual kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan, yang dikatakan milik 60% bumiputera, yang kemudiannya telah dijual 10% kepada Melewar Corporation milik Tunku Abdullah. Baki 30% saham Sports Toto kemudiannya dijual kepada Raleigh Berhad (26% milik bumiputera) yang mempunyai kaitan dengan Daim Zainuddin pada harga RM85 juta. Walaupun penjualan kedua membabitkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi dari penjualan pertama, dan apabila Sports Toto disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, ianya diniagakan jauh lebih tinggi pada hari pertama.

Ketika pasaran saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto mencecah RM4.2 bilion – satu pulangan yang cukup lumayan untuk 70% saham bernilai RM28 juta yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada Vincent Tan.

Memandangkan Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memiliki hampir 56% pada penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% pegangan bumiputera, Jones and Fadil (1992c) telah menyimpulkan kepentingan persendirian Bumiputera telah melepaskan pegangan dengan menjual saham-sahamnya, dan dalam masa yang sama telah memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan bumiputera.

Sports Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah – berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan secara rahsia oleh Kementerian Kewangan – dan juga sumbangannya – yang sering diberikan publisiti meluas – kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Pada tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.

Dengan pengambilalihan oleh Pan Malaysian Sweep, tiket telah dijual kepada orang awam sejak Februari 1989. Hadiah-hadiah yang lebih lumayan oleh Big Sweep menjejaskan jualan Loteri Kebajikan Masyarakat milik kerajaan sendiri melalui Kementerian Kebajikan, yang kemudiannya ditutup oleh kerajaan, kononnya selaras dengan dasar Islamisasi, memberi Big Sweep monopoli maya pada jualan tiket loteri di Malaysia – monopoli yang telah berlangsung selama 25 tahun sehingga hari ini.

Juga pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi Nombor Ramalan Totalisator (NFO).

Pengurusan NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti perjudian – operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’ digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989 (Malaysian Business, 16 November 1991) – yang mengukuhkan lagi monopoli perjudian Ananda Krishnan.

Selain dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad, operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada 2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina yang terkenal – mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk mengambil alih operasi.

Selain dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau dari operasi perjudian beliau.

Dengan pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini – tetapi mungkin kisah ini boleh diceritakan di kemudian hari.