KWSP : Pilih 8 Peratus Bayar Lebih Cukai Pada Kerajaan? Mari Kita Kira.

 

Kelmarin sebaik sahaja pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 dibuat, beberapa individu mula menyebar khabar angin kononnya apabila kerajaan mengurangkan potongan bahagian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja, ia akan membolehkan peningkatan cukai pendapatan.

Ni sekadar pandangan seorang rakyat Malaysia bagi cadangan kerajaan mahu menurunkan kadar potongan KWSP sebanyak 3% daripada caruman bahagian pekerja:

Andaikan gaji pokok bulanan adalah RM4,000.

Jika caruman KWSP bulanan anda ialah 11% (RM440), pendapatan kena cukai = RM3,560, cukai pendapatan yang perlu dibayar = RM77.

Jika caruman KWSP bulanan anda adalah 8% (RM320), pendapatan kena cukai = RM3,680, cukai pendapatan yang perlu dibayar = RM109.

Kesimpulan: Jika anda memilih untuk menyumbang 8%, anda akan membayar lebih banyak cukai pendapatan kepada kerajaan, yang akan membuat kerajaan lebih kaya.

Menteri Kewangan Najib berkata langkah ini bertujuan untuk meransang pasaran perlahan ke bawah, tetapi dari contoh ini kita boleh lihat bahawa wang tidak masuk ke dalam pasaran.

Sebaliknya wang itu terus pergi ke dalam poket kerajaan melalui jumlah yang lebih besar daripada cukai pendapatan yang kita perlu bayar.



Saya pada mulanya yakin hanya yang mudah terpengaruh akan percaya kenyataan di atas ini. Tetapi rupanya tidak. Malah ada yang kalangan profesional yang berkongsi kenyataan di atas ini biarpun tahu bagaimana perkiraan cukai dibuat.

Saya mahu menjelaskan dengan terperinci tentang pengubahsuaian Bajet 2016, tetapi saya rasa ini perlu diberi perhatian.

CUKAI PENDAPATAN

Apabila membuat perkiraan cukai pendapatan, anda perlu tahu berapakah pendapatan tahunan anda. Kita akan menerima sama ada Borang EA (Sektor Swasta) atau Borang EC (Sektor Awam) daripada majikan kita tidak lama lagi.

Dalam borang itu, ia akan dicatatkan pendapatan tahunan kita untuk tahun itu dan ia adalah asas untuk perkiraan cukai pendapatan anda.

Tetapi tidak semua pendapatan itu tertakluk kepada cukai. Anda juga mempunyai pendapatan berlainan yang boleh dicukai.

PENGECUALIAN CUKAI

Berikutnya kita mempunyai pengecualian cukai.

Terdapat beberapa jenis pengecualian cukai, dan ada yang berubah dari tahun ke tahun.

Contoh pengecualian cukai adalah potongan peribadi, kos bagi membeli komputer peribadi, pembelian buku, insurans dan yang paling popular ialah kadar potongan KWSP.

Jika anda melihat KWSP, anda boleh mendapat pengecualian sehingga RM6,000 dan KWSP turut digabungkan dengan insuran nyawa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membacanya di capaian berikut:
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1

Selepas membuat pemotongan ke atas pengecualian cukai anda, baharulah anda akan mendapat berapa jumlah pendapatan boleh dicukai.

KADAR CUKAI

Kadar cukai berbeza pada pendapatan.
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=5000&bt_sequ=11

PENGECUALIAN CUKAI

Pengecualian cukai adalah rebat terhadap pendapatan yang boleh dicukai. Cara ini adalah langkah kerajaan memberikan diskaun kepada cukai pendapatan anda.

SENARIO

Bagi membolehkan anda memahami dengan mudah, saya sediakan senario mudah.

Contohnya Ali, yang masih bujang dan tidak tahu bagaimana memaksimakan pengecualian serta rebat cukai terhadap pendapatannya. Dia tidak menikmati pengecualian dan rebat kerana, seperti anda dan saya, dia tidak suka membaca (dan hanya membaca tajuk sahaja).

Saya berikan dia satu senario dengan mempunyai pendapatan pada beberapa peringkat. Lihat bagaimana potongan KWSP sebanyak tiga peratus memberi kesan kepadanya:
(rujuk rajah senario pendapatan Ali http://themalaysianpatriot.blogspot.my/2016/01/how-does-reduction-of-epf-deduction.html)

Itu dia kiraannya. Kecuali jika anda mempunyai pendapatan tahuan mencecah RM100,000, potongan cukai terhadap anda agak minimal, antara kosong hingga RM400 lebih. Tetapi pertambahan jumlah tunai dalam tangan juga akan serendah antara RM360 hingga RM2,880.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh membacanya di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):
http://www.hasil.gov.my/index.php

Bagaimana pula dengan mesej disebarkan di permulaan artikel ini?

Saya percaya individu ini telah mengambilnya daripada Jadual Potongan Cukai Bulanan. Kadar yang dinyatakan oleh individu itu (RM77) hampir dengan kadar tepat iaitu RM77.35 untuk Potongan Cukai Berjadual (PCB) 2016 dan RM76.35 bagi PCB 2015.

Oleh itu (mengikut jadual itu), seseorang yang memperoleh pendapatan RM4,000 akan membayar cukai tahunan RM928.20.

Tetapi sebenarnya, RM928.20 adalah lebih tinggi daripada cukai yang patut dibayar sebagaimana anda lihat pada jadual di atas.

Pada kadar potongan KSWP sebanyak 8%, potongan cukai sebenar dia ialah RM316 (rebat cukai sebenar sepatutnya RM400, bukan RM350 seperti posting asal sebelum ini). Untuk itu, dia akan memperoleh pemulangan cukainya sebanyak RM612.20 daripada kerajaan pada antara Februari hingga April tahun depan.

Oleh Danny Liew,
http://themalaysianpatriot.blogspot.my/2016/01/how-does-reduction-of-epf-deduction.html
http://mynation.my/potongan-kwsp-11-peratus-kepada-8-peratus/