Laluan Basikal Atas Laluan Pejalan Kaki Adalah Satu Kesilapan

“Kami juga tidak tahu mengenai perkara itu sehingga gambar lorong telah dihantar kepada kami.”

Tiada sebarang kajian dilakukankah? Kontraktor sudah dibayar, tiada wakil kerajaan negeri yang melihat atau memantau hasil akhir?


Perkongsian laluan pejalan kaki dan penunggang basikal di seluruh George Town adalah satu ‘kesilapan’, kata Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Muhammad Bakhtiar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Lalulintas MBPP berkata belum terdapat keputusan berkaitan dengan perkara itu, jadi dia hairan mengapa ia telah pun dilaksanakan.

Beliau berkata memang terdapat perbincangan untuk memperkenalkan perkongsian laluan pejalan kaki dengan penunggang basikal, dengan syarat jalan kaki lima itu cukup luas untuk menampung kedua-dua jenis pengguna.

“Jika kaki lima itu cukup luas, maka mereka boleh dikongsi bersama. Perkara ini dilakukan di Australia, di mana pejalan kaki dan penunggang basikal berkongsi laluan yang sama, pejalan kaki akan memberi laluan jika mereka mendengar nada loceng daripada penunggang basikal.”

“Kami sedang berbincang idea ini untuk Pulau Pinang. Apa yang kita harapkan, ia dapat diperkenalkan di tempat-tempat dengan laluan pejalan kaki yang luas seperti di Straits Quay dan Gurney Drive … tetapi tidak di bandar George Town,” katanya kepada The Malaysian Insider. http://www.themalaysianinsider.com/citynews/georgetown/article/painting-green-bicycle-lanes-on-pavements-in-george-town-a-mistake

Lorong-lorong kaki lima telah dicat hijau di beberapa kawasan di George Town, termasuk di kaki lima berhampiran Komtar, Hotel Jen, dan di Sungai Pinang.

Walau bagaimanapun, tiada logo basikal dicat di kaki lima itu yang menunjukkan ia juga bertujuan untuk penunggang basikal.

Bakhtiar menegaskan bahawa lorong tidak diluluskan, dan jawatankuasa MBPP tidak memutuskan bahawa lorong itu perlu dicat dengan warna hijau.

“Kami juga tidak tahu mengenai perkara itu sehingga gambar lorong telah dihantar kepada kami.”

“Kami akan cuba untuk melihat bagaimana isu ini boleh diselesaikan. Ia akan dibincangkan bulan depan selepas ahli majlis dilantik bagi penggal baharu,” katanya.