Mahu Pendidikan Percuma Seperti Norway? Tahukah Mereka GST di Norway 25% ?

1. Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST.

2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009).

3. Kesamarataan pendapatan yang baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM6.32 per liter.

4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yang tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun.

5. Kadar inflasi yang paling rendah di dunia seperti Jepun yang mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Penukaran kadar matawang yang tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yang paling tinggi di dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87,000 atau RM225,000 berbanding di Malaysia hanya RM41,000 sahaja.

7. Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi.

8. Sedemokrasi seperti di India, yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yang tinggi berbanding Malaysia.

9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0.

10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai banyak konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan banyak kematian.
—–
Kesimpulan:

Tiada negara yang sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tidak perlu membuat perbandingan dan meroyan.

Saya tinggal di Malaysia kerana ia adalah satu kompromi yang saya dengan senang hati boleh terima. Sebagai sebuah negara, kita tidaklah lemah dan tetap mara ke depan.

Juga, tidak ada yang boleh mengalahkan makanan di Malaysia.

Nota: Walaupun ramai rakyat Malaysia mengutuk negara sendiri sebagai yang paling teruk di dunia berdasarkan beberapa alasan yang tidak diketahui, apabila anda menasihati mereka bahawa jika ia begitu buruk tinggalkan negara ini, mereka akan meroyan secara maksimum.

Jadi, jangan gunakan hujah “Tak Suka, Keluar” – kerana hujah ini tidak boleh digunakan.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1744905652394888