Malaysia Adalah Satu-Satunya Negara Yang Mempunyai Kelas Menengah Yang Terbesar

MALAYSIA DIDOMINASI OLEH KAUM ELIT

Saya dapati ramai di media sosial yang bagaikan mengeluh bahawa negara ini hanya menafaatkan kaum elit sahaja.

Bagi golongan muda, ingin saya terangkan bahawa tanggapan ini adalah salah.

Sejak tahun awal 70an Kerajaan berazam untuk meningkatkan pendapatan golongan terendah di negara ini. Sebab itulah tertubuhnya universiti-universiti, kolej-kolej berasrama dan biasiswa-biasiswa yang secara kesuluruhannya telah berjaya meningkatkan pendapatan dan status pekerjaan sesebuah keluarga dalam hanya satu generasi.

Ramai dari golongan ini memegang jawatan-jawatan penting dan tidak kurang juga sekarang di dalam golongan profesional.

Berbanding dengan negara-negar jiran, kecuali Singapura, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai kelas menengah yang terbesar. Kelas menengah inilah yang menyokong pembangunan negara.

Tanpa kelas menengah ini perniagaan-perniagaan seperti Air Asia, Courts Mammoth, Ikea dan berpuluhan pusat membeli-belah tidak akan maju mahupun wujud.

Sejak tahun 1997/98, 18 tahun dahulu, kelas menengah ini tidak pernah merasa kesusahan dan sebelum itu, kegawatan ekonomi pada tahun 1986-87. Sejak Merdeka, ekonomi negara berkembang dengan mantap dan secara lestari dari tahun ke tahun.

Malah, krisis ekonomi pada tahun 2009, kegawatan yang dialami di negara-negara lain tidak dirasai oleh rakyat negara ini.

Negara kita juga tidak mengalami malapetaka seperti gempabumi, letupan gunung berapi dan taufan yang secukup besar sehingga menjejas kedudukan ekonomi negara. Rakyat negara ini, kebanyakannya tidak tahu merasa susah.

Untuk seseorang rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dari kaum Bumiputera, melainkan dihalang oleh kebolehan yang dianugerahi Allah Taala sendiri, tiada rintangan baginya untuk melonjakkan dirinya, mendaki dari satu peringkat kepada satu peringkat.

Hampir semua menteri, CEO dan jutawan Melayu datang dari golongan sederhana ataupun rendah.

If they can make it, why cant you?

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206689464209255