Mana Pergi Kroni Tun Mahathir, Ketika Proton Perlu Diselamatkan?

Proton sepatutnya adalah cas positif. Entah bagaimana, ianya bukan salah satu sifat yang ada di dalam Proton kesayangan kita. Jangan salah faham. Proton banyak mengeluarkan kereta yang bagus. Kereta pertama saya, Proton Saga Megavalve, bersama saya selama 16 tahun sebelum saya bertukar kepada Perdana V6.

Pada tahun 2011, barulah saya bertukar ke sebuah kereta Jepun dan saya masih menggunakannya. Walaupun diberikan sebuah Kia Sorento oleh syarikat, saya memilih menggunakan Proton Persona kerana ianya bagus, boleh dipercayai dan sesuai untuk digunakan ke mesyuarat di Hilton KL Sentral atau ke tapak pembinaan. Saya suka Proton, tetapi saya tak suka isu yang dibangkitkan oleh kumpulan Protun:

Post di atas mengundang tindakbalas:

Saya tak tahu dengan siapa Protun cuba bergurau.

Proton bermula dengan RM6 bilion untuk 2 kilang. Ianya sangat menguntungkan pada tahun 1980an dan 1990an sehingga pengedarnya, EON membeli sebuah bank dan menamakannya EON Bank! Selama 30 tahun, penyelidikan dan pembangunan berjumlah RM18 bilion. Walaubagaimanapun, Proton perlu membayar royalti kepada Mitsubishi dan pada tahun 2003, ianya telah berjumlah RM17 bilion. Saya biarkan anda fikirkan berapa jumlahnya setakat tahun 2015.

Atas beberapa sebab, Proton hilang kelebihannya sehingga Petronas terpaksa menyelamatkan Proton dengan suntikan dana sekurang-kurangnya sebanyak RM1 bilion. Kebetulan, Petronas dan Proton berkongi penasihat yang sama. http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/01/07/time-for-truth-about-proton-be-known/

Jangan lupa, Proton juga hilang hampir RM1 bilion (anggaran) selepas melupuskan MV Augusta dan Lotus! Keputusan pengurusan yang teruk selepas mendapat nasihat yang teruk saya rasa.

Akhirnya, Khazanah terpaksa campur tangan melalui pengambilalihan saham yang mencecah nilai RM1 bilion!

Selepas 30 tahun beroperasi dan RM44 bilion dibelanjakan, Proton masih lagi tidak mampu membuat kereta sendiri dan terpaksa bergantung kepada rekaan dan enjin luar dan mungkin tiada beza dengan NAZA yang menjual kereta yang dijenamakan semula. Tetapi proton masih memerlukan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk mengeluarkan model baru. http://paultan.org/2014/03/05/proton-rm3-bil/

3 bulan kemudian, Proton memohon geran RM1.7 bilion dari Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Najib Razak. http://paultan.org/2014/07/21/proton-requesting-rm1-7-billion-funding-reports/

Jadi lebih duit lagi perlu disuntik menggunakan wang pembayar cukai selepas 30 tahun manakala rakyat perlu berpuas hati dengan membeli kereta terlalu mahal. Walaupun 1MDB mempunyai semua tetapi menyelesaikan masalahnya, Proton masih mencari model perniagaan yang berhasil dan ia selepas 30 tahun!

Daripada secara membuta tuli menyerang 1MDB dan usaha-usaha lain oleh pentadbiran Najib, Mahathir sepatutnya memberi fokus kepada mengemudi Proton cara yang betul ke arah keuntungan dan memberi rakyat akses kepada kereta yang berkualiti pada harga berpatutan.

Dan daripada menghabiskan berjuta-juta untuk majlis hari jadi beliau, mungkin Mahathir patut meminta kroninya untuk mengambil ekuiti dalam Proton dan benar-benar berusaha untuk wang.

Beliau akan kurang merengek dan kurang marah-marah apabila sekurang-kurangnya salah satu daripada usaha beliau sebenarnya berhasil.

Oleh Capt Rahmat,
https://seademon.wordpress.com/2016/01/07/a-negative-proton/