Mana Timbalan Presiden UMNO Dalam Kemelut MB Kedah?

Kemelut yang berlaku di Kedah bukanlah suatu perkara baru. Desas-desus ketidakpercayaan terhadap Mukhriz Mahathir oleh UMNO Kedah telah lama berkumandang melalui radio-radio karat. Malah salah seorang pegawai khas beliau juga telah meletak jawatan dan pulang ke Selangor.

Hari ini, sekumpulan orang yang mewakili kepimpinan tertinggi 15 buah bahagian UMNO di negeri Kedah telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Mukhriz. 15 bahagian UMNO mewakili tidak kurang daripada 600 buah cawangan UMNO. Pergerakan ini adalah 75 kali lebih besar dari lapan buah cawangan yang meminta supaya Najib Razak meletak jawatan. Anehnya tidak pula kedengaran Mahathir menyuruh anaknya agar mendengar suara akar umbi.

Walau bagaimanapun, saya kurang bersetuju permintaan kumpulan ini agar Najib bertindak untuk mengundurkan Mukhriz. Selain menjadi Presiden UMNO, Najib juga mempunyai tanggungjawab untuk mengemudi halatuju negara. Maka perkara yang kurang besar ini boleh diserahkan kepada pemegang jawatan yang lain.

Ada eloknya tanggungjawab menyelesaikan kemelut ini diserah kepada Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden. Apatah lagi selain membuat “road show” peribadi dan membaca akhbar hiburan seperti The Edge dan Sarawak Report, beliau tidak menpunyai lain-lain tanggungjawab. Selain Shafie Apdal, lain-lain Naib Presiden juga sibuk menjaga hal ehwal keselamatan negara.

Eloklah Muhyiddin selaku Timbalan Presiden bertindak selesaikan kemelut ini. Mukhriz bukannya lain orang; dia anak kepada penyokong Muhyiddin paling kuat!

Bagilah Muhyiddin buat kerja pula.

Oleh Capt Rahmat,
https://seademon.wordpress.com/2016/01/20/bagilah-muhyiddin-buat-kerja/