Mengapa MB Johor Teruja Dengan Perjanjian Bandar Malaysia

Seorang bekas Menteri membuat bising tentang 1MDB “selling out” kepada China menghiburkan hati saya. Bekas Menteri itu enggan mendengar apa-apa penjelasan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian Bandar Malaysia. “Tidak perlu untuk penjelasan, 1MDB telah menjual kita!” bekas Menteri berteriak. “Negara telah kehilangan berbilion-bilion!”

Inilah masalahnya dengan kebanyakan penentang 1MDB, daripada YB Tony Pua kepada ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali. Mereka bertanya soalan tetapi tidak mahu jawapan. Mereka akan percaya hanya jika jawapan mengesahkan dan menyokong dakwaan mereka dan menyebabkan seorang lelaki – PM Najib Razak – meletakkan jawatannya. Perjanjian Bandar Malaysia adalah antara 1MDB dan konsortium Malaysia-China tetapi mereka menegaskan bahawa Arul Kanda telah menjual kita kepada orang-orang Cina ini.

Tidak kedengaran begitu rasional kepada saya.

Di sini adalah penjelasan terkini 1MDB mengenai kekecohan terbaru berhubung perjanjian di Bandar Malaysia:
http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/penjelasan-tentang-bandar-malaysia
http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/penjelasan-lanjut-berkenaan-penjualan-ekuiti-bandar-malaysia

Nota: Apa bekas Menteri itu perlu lakukan adalah meminta Menteri Besar Johor mengapa dia begitu teruja dengan perjanjian Bandar Malaysia itu. Jika Khaled Nordin tidak mahu layannya, pergi mengadap Sultan Johor. Anda fikir Tuanku Yem akan membenarkan pihak Johor untuk terlibat jika perjanjian itu untuk menjual negara?

Bandar Malaysia akan menjadikan Johor kaya, The STAR 4 Januari. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/04/mb-bandar-malaysia-to-make-johor-richer/

Oleh Rocky Bru,
http://www.rockybru.com.my/2016/01/selling-out-to-china.html