Menteri Diperbodohkan Media Dan Rakyat

Jika membaca catatan-catatan di Facebook dan media sosial lain, kita tentu percaya bahawa Malaysia kini berada antara negara terburuk di dunia dan akan mengalami kejatuhan ekonomi paling hina.

Kumpulan media sosial yang bertindak seperti burung hering ini akan melontarkan segala perkara dari kisah pelajar pecah usus kerana tidak makan sehinggalah kepada ibu bapa tidak mampu membayar yuran sekolah sebagai membuktikan negara berada dalam keadaan ekonomi yang sangat nazak.

Anehnya, statistik tahun 2015 menunjukkan ekonomi Malaysia masih berada pada tahap baik di sebalik kegawatan ekonomi dunia.

Tahun ini ekonomi dunia diramalkan terus merudum dan berhadapan dengan kemelesetan. Malaysia tidak dapat lari daripada tempias ini terutamanya dengan kejatuhan harga minyak dunia.

Kerajaan memberi jaminan akan cuba mengurangkan kesan ekonomi dunia ke atas negara. Malangnya “pakar-pakar ekonomi Facebook” dari Malaysia menolak segala usaha kerajaan. Mereka mencemuh dan mencebik kejayaan Malaysia yang setakat ini meminimakan kesan kemelesetan ekonomi dunia.

Kenyataan-kenyataan Menteri-menteri yang arif dalam ekonomi diputarbelit dan dikutuk sebagai bodoh, bangang dan tidak cerdik.

Anehnya media ekonomi terkemuka, Bloomberg turut memberi jangkaan yang baik untuk Malaysia bagi tahun 2016. http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-01-11/meet-2016-s-worst-economic-performers-flirting-with-disaster

Malaysia bukan sahaja tidak berada dalam senarai jangkaan 10 negara terburuk tahun ini, malah dijangka berada antara 20 negara paling minima kesan kemelesetan ekonomi dunia.