Minyak Murah Semua Murah Ni Terbukti Satu Pembohongan Pembangkang

Pertama sekali, penulis nak ucap tahun baru kepada semua. Syukur kepada Allah swt sebab buat pertama kali sejak beberapa tahun yang lepas, malam tadi penulis tak perlu berkampung di Dataran Merdeka memerhati kebodohan pembangkang mendesak harga minyak turun (dengan kepercayaan, harga barang yang lain turut akan turun).

Minyak memang dah makin turun, malah ramai tak sedar bahawa kadar RM1.85/liter bagi petrol RON95 yang diumumkan malam tadi adalah menghampiri paras terendah sejak tahun 2008 (RM1.80/liter), diesel pula dah melepas paras paling rendah sejak tahun yang sama.

7 tahun lebih sudah kita bercakap tentang ini, banyak benda dah berbeza (harga) tapi minyak makin murah. Bagaimana pulak harga barang seara keseluruhannya?

Ada turun ada naik, malah penulis terkejut semalam bila dimaklumkan bahawa ada pasaraya dah jual kasut sekolah serendah RM3.50 – di Giant!! Zaman Tun Mahathir pun tak wujud kasut serendah ini. Tapi kata pembangkang semua benda naik, bodoh betul mereka ni.

Sekalipun ada GST, kita pun tahu realitinya bukan semua benda kena GST, nak sebut di sini bahawa semua barang keperluan takde GST – malah kerajaan kawal pulak harga sebahagian besar darinya (barang keperluan).

Ooii, cukup baik dah tu, negara sebelah (Singapura), dapat macam ni? Boleh mimpilah, semua benda pun kena GST.

Jadi jelas kat sini pembangkang pembohong. Minyak murah semua murah ni terbukti satu pembohongan, GST kasi naik semua harga barang pun satu pembohongan dan kita bernasib baik tidak termasuk dalam perangkapnya.

Kerajaan BN hari ini mungkin ada salah sana sini, tapi bohong rakyat bukan salah satu darinya. Apa pun keputusan yang dibuat setelah mengambil kira keseluruhan rakyat, bukan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan saja, Malaysia ni ada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan yang kerajaan perlu diambil kira.

Lepas ini jangan percaya cakap pembangkang lagi, mereka bergantung kepada pembohongan untuk selamatkan diri. Yang sedapnya, dia yang kuat bohong, Datuk Seri Najib pulak yang dituduhnya pembohong.

Sebab itu moral seorang Perdana Menteri penting, ada skandal seks (dengan jantan pulak tu), janganlah dipilih.

Sumber: http://www.mykmu.net/2016/01/petrol-mencapai-taraf-terendah-sejak-2008-harga-barang-pembangkang-mana-pembangkang/