Najib Berkonspirasi Menggantikan Mukhriz Seperti Dituduh? Tak Perlu Pun

Apa yang berlaku semalam ialah ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan hilang kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Menteri Besar, Mukhriz Mahathir di negeri itu. Apa kena mengena dengan Najib Razak sehingga beliau nak disalahkan pulak?

Najib tidak perlu sebab pun kalau nak singkir Mukhriz, asal dapat perkenan Istana, siapa pun di kalangan ADUN-ADUN BN di Kedah sedia ada, boleh dilantik menjadi Menteri Besar, itu prerogratif beliau sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri. Ini bukan amalan baru, semua zaman pun macam itu.

Rakyat Kedah memilih ADUN, ia adalah Perdana Menteri dan kemudiannya Istana yang menentukan siapa Menteri Besar. Prinsip asasnya, kolektif (rakyat) dan prerogratif (Perdana Menteri, Istana). Oleh yang demikian, untuk apa Najib berkonspirasi menggantikan Mukhriz seperti dituduh? Tak perlu pun.

Dalam sejarah negara ini dah banyak kali keadaan seperti ini berlaku. Tak lama selepas PRU13 dan kerajaan negeri telah dibentuk, berlaku perubahan jawatan Menteri Besar, antaranya di Terengganu dan Selangor, sekarang (kalau tidak ada aral), Kedah. Sarawak pun ada tapi pilihanraya negeri itu diadakan berasingan.

Yang ramai orang tak tahu, sebelum semua kerajaan negeri dibentuk selepas PRU13 dulu pun, sepatutnya ada beberapa Menteri Besar lagi bertukar selain Melaka, Johor dan Perlis tapi atas sebab tertentu ia tidak berlaku. Tak kecoh sebab prinsip asas tadi, RAKYAT TIDAK PILIH MENTERI BESAR.

Pendek kata pertukaran Menteri Besar ini bukan cerita baru, bukan cerita luar biasa, ia berlaku baik di peringkat kerajaan mahu pun pembangkang.

Tapi aneh kenapa setiap kali berlaku keadaan macam ini berlaku, ada yang bercakap seolah-olah rakyatlah yang memilih Menteri Besar/Ketua Menteri, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Hal ini patut diserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan Istana Kedah untuk membuat keputusan. Hilang kepercayaan dari ketua bahagian, bukan syarat wajib untuk seorang Menteri Besar automatik lepas jawatan, sekalipun ia petunjuk kuat untuk yang berkenaan berundur.

Kalau ada yang percaya desakan 8 ketua cawangan cukup untuk Perdana Menteri berhenti, kenapa 14 ketua bahagian UMNO dari negeri yang sama tidak boleh dijadikan alasan untuk Menteri Besar berhenti? Pasal dah kena batang hidung sendiri?

Sumber: http://www.mykmu.net/2016/01/najib-tidak-perlu-alasan-kalau-nak-singkir-mukhriz/