Panik Biasiswa JPA

Jangan membuat anggapan yang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berhenti mengeluarkan kesemua biasiswa, menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Apabila berita tentang JPA akan menghentikan kesemua biasiswa tersebar, ia telah menimbulkan panik,” beliau memberitahu wartawan selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Pendidikan Cina Malaysia pada hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, hanya mereka yang menerima tajaan kerajaan tersebut pada 2014 yang terjejas.

“Jangan tarik skim lain ke dalam hal ini,” beliau memberi amaran.

Dr Wee berkata, JPA masih belum membuat sebarang pengumuman lagi.

“Pertama, anda tiada bukti. Kedua, saya tidak menerima sebarang aduan lagi. Saya hanya boleh bertindak mengikut aduan yang saya terima,” kata beliau.

Telah dilaporkan lebih awal bahawa Dr Wee telah membawa perkara itu ke kabinet pada hari Rabu apabila pemegang biasiswa yang akan memulakan kuliah tidak lama lagi mengadu yang mereka belum menerima penyata biasiswa mereka dari JPA.

Memberi respon kepada pihak pembangkang yang menuntut Jabatan Perdana Menteri memotong perbelanjaan untuk menampung yuran pengajian universiti, Dr Wee membalas mereka yang membuat permintaan sedemikian “tidak menggunakan otak”.

“Memotong bajet JPM adalah sama dengan memotong bajet JPA, kerana JPA tertakluk kepada Pejabat Perdana Menteri,” kata beliau.

Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/21/wee-ka-siong-dont-jump-on-psd/