Pejabat Peguam Negara Switzerland Sepatutnya Berhubung Terus Dengan Kerajaan Malaysia

Etika Profesional yang pelik!

Pejabat Peguam Negara Switzerland kini mula mengikuti Sarawak Report dan Wall Street Journal dalam mencari kebenaran mengenai 1MDB.

Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata Pejabat Peguam Negara Switzerland sepatutnya berhubung terus dengan kerajaan Malaysia untuk membincangkan mengenai 1Malaysia Development Berhad daripada menghubungi media tempatan di Malaysia.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan antara negara dengan negara dan di antara Peguam Negara Switzerland dan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali.

“Saya harap kesemua maklumat yang disampaikan adalah melalui saluran kerajaan yang betul kerana ini merupakan urusan negara dengan negara.

“Dan dengan membuat kenyataan yang cukup terbuka seperti ini, pada pendapat saya, adalah tidak wajar kerana ia boleh mengeruhkan hubungan antara 2 negara dan mewujudkan bias dalam laporan media,” Zahid memberitahu wartawan selepas menutup satu majlis di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menambah, Putrajaya telah mengarahkan Apandi dan pasukannya untuk berurusan dengan Peguam Negara Switzerland. Kedua-dua pihak berkuasa ini dijangka akan bertemu di dalam masa terdekat tetapi Zahid tidak menyatakan secara khusus bila.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata di dalam satu kenyataan akhbar pada hari Jumaat yang pejabat beliau telah menghubungi Malaysia secara formal untuk meminta bantuan di dalam siasatan beliau mengenai kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB, yang menurut beliau, mengesan penyelewengan yang disyaki berjumlah hampir USD4 billion.

Lauber berkata pencabulan undang-undang itu termasuklah rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram, dan salah laku jenayah.

Pejabat Peguam Negara Switzerland telah memulakan prosiding Jenayah pada Ogos lepas terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan ‘orang yang tidak diketahui’.

Lauber menekankan di dalam kenyataanya yang beliau telah membincangkan perkara ini dengan Apandi di dalam satu pertemuan di Zurich pada September.

Di dalam responnya semalam, Apandi berkata pejabat beliau akan menentukan bagaimana maklum balas akan diberikan sebaik sahaja beliau menerima dokumen dari rakan sejawatnya itu.

Peguam Negara berkata, beliau ingin mewujudkan butiran pendakwaan terhadap dana kekayaan milik negara ini, yang beliau sifatkan mengapa 1MDB kini di bawah siasatan beberapa agensi Malaysia.

Sebelum itu, 1MDB telah megeluarkan satu kenyataan mengisytiharkan akan bekerjasama dengan sebarang agensi yang berkuasa untuk menyiasat, tetapi menekankan ianya bergantung kepada nasihat perundangan yang diterima dari Putrajaya dan agensi-agensi Malaysia.

Sumber: http://justread-whatever.blogspot.my/2016/01/swiss-agc-is-another-wsj.html?m=1