Penjualan Aset 1MDB Bukan Jualan Panik, Dijual Dalam Nilai Penuh Atau Lebih Tinggi

TIDAK TERJADI JUALAN PANIK (FIRE SALE)


THE EDGE: Satu perkara yang orang ramai tidak senang – jualan aset mungkin telah membantu mengurangkan hutang tetapi apa yang kita ada sebagai balasan adalah pemilikan asing aset penting tertentu. Pihak-pihak tertentu berfikir aset kuasa perlu dimiliki oleh rakyat tempatan, sebagai contoh. Bagi kedua-dua bidang tanah utama, mereka mempunyai banyak nilai masa depan dan ia akan menjadi lebih baik jika dimiliki oleh kerajaan. Ada juga yang akan berkata jika 1MDB tidak menghadapi masalah kewangan, ia tidak akan mempunyai keperluan untuk membuat ‘fire sale’ kepada orang asing. Apakah pandangan anda tentang itu?

ARUL KANDA: Biar saya sentuh point terakhir anda terlebih dahulu. Tidak ada jualan panik. Kita telah mendapat nilai penuh jika tidak pun lebih tinggi bagi aset kita daripada apa yang pasaran jangkakan. Jualan tanah di TRX adalah bukti, kita menetapkan penanda aras baru. Untuk Edra, kami menjualnya pada nilai hampir penuh, dari segi nilai ekuiti ke atas buku kami.

Perkara yang sama untuk Bandar Malaysia, saya tidak fikir sesiapa percayakan saya apabila saya berkata RM11 bilion kepada RM12 bilion (nilai), tetapi kami melakukannya (jualan) untuk RM12.35 bilion dari segi nilai tanah.

Keduanya, kedua-dua proses itu berjalan melalui tender antarabangsa. Peluang sepenuhnya telah diberikan kepada pelabur tempatan dan asing untuk mengambil tempat. Kami mempunyai penasihat-penasihat bebas menjalankan kedua-dua proses dan Maybank. Kami juga melakukan proses untuk memilih penasihat kami.

Dari segi Edra, ianya tidak pernah menjadi aset kita dari awalnya. Ia dimiliki oleh sektor swasta. Bagaimanapun, pelabur asing dibenarkan memiliki sehingga 49% daripada aset kuasa.

Jika anda melihat bekalan bahan api, ia hanya daripada TNB dan Petronas, jadi kita mempunyai kawalan. Jika anda melihat penghantaran dan pengagihan, ia adalah 100% dikawal oleh TNB. PPA juga 100% dikuasai oleh TNB. Sudah beberapa generasi, ia dibenarkan dilakukan oleh sektor swasta.

Kami juga mempunyai rejim kawalan yang sangat ketat diselia oleh KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga. Jika anda melihat negara-negara dengan rejim yang hampir sama, seperti Singapura, ia membenarkan 100% pemilikan asing. Malah 80% daripada loji kuasa Singapura dimiliki oleh orang asing. Malah, yang terbesar dimiliki oleh sebuah syarikat Malaysia – YTL. Jika anda melihat di UK dan Australia, mereka membenarkan 100% pemilikan asing.

Jadi pemilikan asing itu sendiri boleh diterima jika anda mengawal input dan output dan terdapat rejim kawal selia yang baik.

Ramai orang tidak tahu ini, tetapi di bawah PPA, TNB mempunyai hak ambilalih jika operator loji kuasa tidak menepati pelaksanaan. Kita dilindungi dalam pelbagai cara. Secara nyata dan analitikal, tidak ada isu dengan entiti asing memiliki loji kuasa.

Dari segi Bandar Malaysia, kita memiliki 40%. Iskandar Waterfront Holdings memiliki 60% daripada konsortium itu. Sebaliknya, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor memiliki 40% dan Credence Resources mengawal 60% daripada IWH. CREC hanya mengawal 40% daripada konsortium itu, yang merupakan kepentingan efektif sebanyak 24%. Antara KPRJ dan 1MDB, kerajaan persekutuan dan negeri mengawal 54%.

Apabila anda melihat apa-apa aset lain di negara ini, pemilikan itu sangat kecil dan ia mewakili FDI (pelaburan langsung asing). Dan FDI adalah penting bagi kita.

Dalam satu situasi, kita perlu FDI dan pembangkang bising apabila FDI tidak mencukupi. Sebaliknya, apabila FDI datang dalam cara yang terkawal, apabila mereka membayar tinggi melalui proses tender, mengapa ada apa-apa sebab untuk merungut?

Bagaimana anda membuat wang dari tanah? Anda menjualnya.

THE EDGE: Selepas menjual aset, adakah anda fikir keyakinan telah kembali? Masih terdapat ramai yang tidak mahu terima di luar sana.

Saya rasa itu adalah dua topik yang berbeza, secara jujurnya. Jika anda melihat mereka yang menolak, jika anda membandingkan di mana mereka bermula – dari Januari, Februari dan Mac – Saya rasa hari ini anda akan dapat melihat perbezaan yang besar.

Di mana kita bermula adalah (tuduhan) rasuah, pecah amanah, dan lain-lain. Dan sementara saya tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan, pandangan saya sentiasa adalah bahawa ini adalah hanya isu perniagaan.

Saya rasa sekarang, kebanyakan pengkritik syarikat itu, mereka mengkritik dasar syarikat atau bagaimana urusan dilakukan, berbanding dengan tuduhan jenayah.

Itu adalah satu perkara yang penting yang saya ingin jelaskan.

Apa yang saya mahukan adalah mempunyai tempoh masa bagi menstabilkan syarikat itu, untuk memaksimumkan nilai pemegang saham.

Sekali lagi, jika anda melihat kembali pada krisis kewangan global, perkara segera yang kerajaan lakukan adalah untuk campur tangan dan menyediakan dana untuk menstabilkan syarikat itu dan kemudian mempunyai proses penyelesaian yang teratur atau pelupusan aset, sama ada melalui kerajaan atau sektor swasta.

Jika anda melihat semua enquiries dan siasatan lain, ia dijalankan selepas penstabilan telah dicapai. Dalam 1MDB, kita mempunyai cabaran yang sangat berbeza.

Siasatan bermula dahulu, dan sangat awal, yang ketara memberi kesan kepada keupayaan kita untuk memaksimumkan nilai daripada proses resolusi.

Anda akan melihat perbezaan yang signifikan antara kajian strategik dan pelan rasionalisasi, yang diumumkan pada bulan Jun. Jika anda melihat kembali kedua-dua pengumuman, anda akan melihat perubahan yang jelas. Pada bulan Februari, kita mahu terus menjalankan perniagaan syarikat itu, walaupun dalam cara yang lebih bebas. Seperti apa yang kita lakukan dengan Edra, kita mahu lakukan dengan TRX dan Bandar Malaysia.

Tetapi selepas itu, artikel Sarawak Report keluar. Artikel-artikel The Edge keluar setiap minggu. Kerajaan kemudian mengarahkan Ketua Audit Negara untuk melihat ke dalam 1MDB dan melaporkan kepada PAC. Siasatan seterusnya bermula, dan terus terang, itu telah meninggalkan kita dengan sangat sedikit pilihan.

Perkara yang terbaik patut terjadi adalah bagi kerajaan untuk menyuntik modal dan menstabilkan syarikat. Tetapi memandangkan pertimbangan politik pada masa itu, ia tidak mungkin. Keutamaan adalah bagi syarikat itu untuk menyelesaikan masalah sendiri.

Dengan pinjaman RM950 juta daripada kerajaan, kami terpaksa lakukan sedaya upaya. Oleh itu, kita terpaksa memulakan proses pelupusan. Kami telah menandatangani usaha sama dengan Land Lease pada bulan Mac. Kami menjual plot utama tanah di TRX, lepas itu kita terpaksa mengumumkan penjualan Bandar Malaysia dan Edra.

*Wawancara The Edge dengan Arul Kanda, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
http://www.theedgemarkets.com/my/article/it-mission-accomplished-arul-kanda-1mdb