Persatuan Pengedar Proton Mahukan TPPA

Persatuan pengedar Proton mahukan TPPA dan berkata ia membolehkan akses yang lebih luas kepada pasaran asing dan persaingan yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia juga?

Agak berbeza dari apa yang Tun Mahathir telah katakan.

 


Awal minggu ini, telah dilaporkan di dalam TPPA akan menguntungkan sektor automotif Malaysia. Menurut firma perundingan Frost and Sullivan, menjadi sebahagian dari pakatan perdagangan 12 negara akan membenarkan negara memiliki kelebihan kompetitif sebagai hab eksport alat ganti automotif untuk rantau ASEAN. http://paultan.org/2016/01/18/joining-tpp-beneficial-to-malaysias-automotive-sector/

Sentimen ini disokong oleh Persatuan Pengedar Proton Malaysia (PEDA), seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Persatuan tersebut berkata ia percaya ketibaan TPP akan menawarkan capaian pasaran yang lebih luas untuk Proton di dalam 12 negara ahli TPPA.

“Pasaran tempatan kita juga akan mendapat manfaat melalui harga yang kompetitif akbat dari capaian skala ekonomi,” ucap Presiden PEDA Armin Baniaz Pahamin, dengan menambah jawatankuasa persatuan sebulat suara menyokong TPPA, dengan syarat kereta Proton boleh memasuki pasaran negara tersebut dengan halangan yang minimum.

“Kami percaya yang TPPA akan membuka halangan ini untuk memudahkan kita mengeksport kereta kita ke negara anggota, seperti syarikat asing memasuki Malaysia,” kata beliau. Beliau menambah, tanpa TPPA, Proton akan terus berdepan halangan eksport yang ketat untuk keretanya di pasaran antarabangsa.

Pada Disember, satu kajian ekonomi yang dikeluarkan oleh General Motors berkata, pembuangan langkah bukan tarif di dalam industri automotif yang menghalang perdagangan bebas di dalam ASEAN akan mencipta 500,000 peluang pekerjaan di samping meningkatkan output ekonomi. Juga telah dilaporkan, yang TPPA dan perjanjian perdagangan bebas yang lain akan mewujudkan kereta yang lebih murah dalam tempoh beberapa tahun akan datang, walaupun tidak semua yakin perkara itu akan berlaku, sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat.

Sumber: http://paultan.org/2016/01/22/peda-says-tpp-will-open-up-market-access-for-proton/