Punca Mahathir Marah Dan Ani Arope Diarahkan Untuk Meletakkan Jawatan Serta Merta

Dalam satu misi perdagangan tahun 1991 ke Turki, Mahathir telah kagum satu restoran resort. Maka Yeoh dari YTL pun membina restoran dengan konsep yang sama di Langkawi, Kedah yang juga negeri asal Mahathir untuk cuba mengagumkan perdana menteri itu.

Pada tahun 1992, bekalan eletrik putus di seluruh Malaysia. Atas alasan untuk mengelak kejadian serupa terjadi di masa hadapan, YTL telah menyerahkan cadangan mewujudkan pengeluar tenaga bebas di mana ianya diterima Mahathir. (Menariknya, pada tahun 1996 terdapat lagi satu kejadian black out walaupun IPP milik YTL telah beroperasi).

Atas arahan Mahathir, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah menyediakan perjanjian IPP YTL dan mengarahkan pengerusi TNB Ani Arope untuk menandatanganinya.

Dengan berkata TNB langsung tidak terlibat dengan rundingan YTL, Ani Arope enggan menandatanganinya dan berkata harga 23 sen setiap kWh adalah 3 kali ganda dari kos TNB iaitu 8 sen.

Ini menyebabkan Mahathir marah dan Ani Arope diarahkan untuk meletakkan jawatan serta merta.

Tambah menghina, kerajaan telah menghantar pegawai BPR (Sekarang SPRM) untuk menyiasat Ani Arope tetapi BPR tidak menjumpai apa-apa.

YTL kemudiannya meminjam kos pembinaan dua loji janakuasa 1,212 MW dengan menerbitkan bon yang kebanyakkannya ditanggung oleh KWSP.

Pada tahun 1993 dan 1994, kedua-dua loji itu beroperasi.

Di bawah perjanjian tidak adil ini, Tenaga terikat secara undang-undang untuk membeli sekurang-kurangnya 72% pengeluaran YTL pada harga tetap selama 21 tahun. Ini MENJAMIN pendapatan RM1.2 bilion untuk YTL hingga tahun 2015.

Bahan api gas, melibatkan 65% dari keseluruhan kos operasi YTL, pula diperolehi dari Petronas dengan satu harga tetap yang menjamin keuntungan operasi 55% untuk kedua-dua loji YTL ini selama 21 tahun.

Pada tahun 1997, Francis Yeoh berkata kepada AsiaWeek, “Saya membuat duit sehingga satu tahap dituduh membuat duit terlalu banyak.”

Dalam satu temubual dengan Forbes pada tahun 2009, Francis Yeah telah mengadu yang beliau telah dilayan dengan tidak adil oleh penganalisis kerana mengkritik beliau tidak tahu apa mahu dibuat dengan US$3.8 bilion (RM16.3 bilion) tunai yang dimiliki beliau pada masa itu.

http://edition.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/97/0711/biz1.html
http://www.forbes.com/global/2009/0608/malaysia-40-richest-francis-yeoh-last-laugh.html

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1747559992129454