Rakyat Gemuk, Salah Kerajaan?

Pada tahun 1986, kita cuma ada satu sahaja pusat dialisis di negara iaitu di Hospital Kuala Lumpur.

Kini sudah ada hampir lebih 700 buat pusat dialisis seluruh Malaysia.

Tahun 1990 – 2014, jumlah pesakit yang memerlukan dialisis meningkat 40 kali ganda.

Pada tahun 2020, kita menjangkakan lebih 50,000 pesakit memerlukan dialisis.

Dalam ekonomi dunia yang merudum dan kos rawatan yang meningkat, kerajaan sedia dimaki untuk mencari pendapatan dan dana, termasuk dari perolehan GST demi kesejahteraan rakyat.

Selaku rakyat, jagalah kesihatan dengan baik. Terutama mereka yang mengidap penyakit diabetes dan hypertension. Pastikan kawalan penyakit anda pada tahap yang baik.

Takkan nak kawal penyakit sendiri pun kerajaan perlu bertanggungjawab?

Jika mulut boleh ditanggalkan dari kepala, aku 100% pasti kerajaan akan simpan dan jaga mulut-mulut anda dari makan makanan yang boleh menerukkan keadaan status kesihatan anda.

Masalahnya tak boleh tanggal.

Oleh Dr Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/aznil.hisham.1/posts/561820693984989