Saman Wayang Lim Guan Eng

Nasrudin Hassan Tantawi dari PAS dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini bertemu di mahkamah untuk kes saman fitnah ke atas Nasrudin pada Ogos 2014.

Di dalam artikel asal Nasruddin, ini adalah tuduhan beliau:

– Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang telah ditawarkan tanpa tender terbuka.
– Projek Terowong Dasar Laut tidak mendapat pandangan awam dengan cukup.
– Kos sebanyak RM4.63 bilion (untuk 6.5KM) adalah terlalu tinggi.
– Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa beroperasi dalam keadaan bajet yang defisit.
– Ling Guan Eng adalah hipokrit kerana membantah KIDEX yang mempunyai tol sedangkan beliau membenarkan konsesi tol 30 tahun untuk terowong tersebut.

 



Di dalam mahkamah terbuka semalam, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan telah menarik balik SEBAHAGIAN dari kenyataan beliau yang telah dibuat pada 6 Ogos 2014, yang telah menyinggung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

“Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes ini.”

“Saya telah memutuskan untuk menarik balik sebahagian dari artikel yang telah menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas,” Nasrudin membacakan kenyataan tersebut di dalam mahkamah tinggi. Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong mengarahkan Nasrudin membayar Lim kos sebanyak RM10,000.

Apabila ditemui di luar mahkamah, peguam Nasrudin, Wan Rohimi Wan Daud berkata ‘maaf’ tidak timbul kerana salah faham di dalam laman Facebook Nasrudin adalah berkenaan terminologi.

“Nasrudin menyebut rundingan langsung manakala Lim bertegas ianya tender terbuka.”

“Ia sebenarnya permintaan untuk kertas cadangan, yang bukan rundingan langsung atau tender terbuka,” jelas beliau.

Nampaknya Lim Guan Eng dengan penakutnya, hanya menyaman bahagian ‘tender terbuka’ itu dan tidak menyaman bahagian lain artikel tersebut.

Ini bermakna, Lim kemungkinan bersetuju bahagian lain yang tidak ditarik balik itu adalah benar:

– Yang Terowong itu tidak mendapat pandangan awam secukupnya.
– Yang kos RM4.63 bilion untuk 6.5KM adalah sangat tinggi.
– Yang kerajaan Pulau Pinang beroperasi dengan bajet yang defisit.
– Yang Lim Guan Eng adalah hipokrit kerana membantah KIDEX tetapi menganugerahkan konsesi tol 30 tahun untuk terowong tersebut.

Maka, kesemua di atas adalah benar!

Sudah tentu, MalaysiaKini, The Malaysian Insider serta media pro Lim Guan Eng yang lain akan memutar belit bahawa KESELURUHAN post oleh Nasrudin Hassan sebagai salah dan mengeluarkan tajuk “Ahli Parlimen PAS menyesali artikel berkenaan terowong yang telah menyinggung Ketua Menteri Pulau Pinang.” http://www.malaysiakini.com/news/327237

Sedangkan kebenarannya adalah hanya untuk SATU bahagian tuduhan dan bukan tuduhan-tuduhan lain dan itu pula hanyalah salah faham terminologi berkenaan tender terbuka.