Sesuai Sangat Jika Nasihat Rafizi Dan Tony Pua Digunapakai Negara Arab

Menurut sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli, menyebut bahawa beliau bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Katanya, 2 rakyat Malaysia tercalon untuk jawatan ini, seorang lagi ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tapi hanya Rafizi yang terpilih kerana beliau beragama Islam.

Perlantikan ini menurut sumber yang sama, akan berkuatkuasa selama 3 tahun dan tugas utama Rafizi ialah memastikan ekonomi Arab Saudi tidak terjejas di sebalik kejatuhan harga minyak yang melanda dunia sekarang.

Arab Saudi seperti yang semua tahu sedang mengalami tekanan ekonomi yang hebat akibat kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa mengurangkan subsidi minyak dan memperkenalkan GST. Semoga dengan perlantikan Rafizi, keputusan mengurangkan subsidi dan memperkenalkan GST, akan dibatalkan.

Sebagai rakyat dari negara yang merasai beban akibat perlaksanaan GST, Rafizi tahu akan keperitan yang perlu ditanggung dan tidak mahu rakyat Arab Saudi juga merasai keperitan yang sama.

Berita ini membuktikan bahawa negara luar memang menghargai kepakaran anak tempatan Malaysia yang anehnya, diketepikan negaranya sendiri. Rafizi memang pakar ekonomi tersohor dan mempunyai banyak cara bagaimmana untuk memastikan ekonomi sesebuah negara kekal mampan disebalik kegawatan.

Najib dan pentadbirannya harus berasa malu dengan perlantikan ini kerana gagal melihat potensi manusia hebat seperti Rafizi.

DIUCAPKAN SETINGGI TAHNIAH.

Malaysia bakal melalui tahun 2016 dengan aman damai.

Nota: Hanya bergurau.