Siapa Pemilik Plat Kenderaan “PENANG”

Misteri nombor plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang digunakan oleh Lim Guan Eng jika beliau berada di Hong Kong telah pun terjawab.

Plat terbabit digunakan oleh sebuah BMW 7-Series sebelum ini tetapi sekarang ianya digunakan oleh sebuah Mercedes Benz S-Class yang terbaru.

Ianya dimiliki Datuk Cheah Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, yang membuat pelaburan secara ekslusif di luar Malaysia.

http://www.scmp.com/business/money/markets-investing/article/1287814/value-partners-chief-keeps-it-real

Adakah Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?

Berapa banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau tiada langsung?

Apakah hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?

Ini kerana, Lim Guan Eng kerap berkata yang buruk mengenai Malaysia kepada media dan pelabur di Hong Kong dan berkata Malaysia akan bangkrap dan beliau risau apa yang akan terjadi pada masa depan Malaysia. https://www.facebook.com/lim.siansee/videos/1440233169528806/

Datuk Cheah Cheng Hye adalah pengurus dana serta pengerusi dan CIO bersama Value Partners, sebuah syarikat pengurusan aset yang berpangkalan di Hong Kong dengan fokus kepada Tanah Besar China. Sekarang, Cheah menguruskan dana Value Partners Classic Fund dan dana lain di dalam kumpulan.

Pada tahun 2013, Cheah dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk oleh kerajaan Pulau Pinang.