Siapa Penderma Politik DAP?

Walaupun mengakui sumbangan aktiviti kongsi gelap yang menaungi aktiviti dadah, rumah urut, jualan arak dan perjudian, namun penaja asing dan syarikat pemaju merupakan peyumbang dana terbesar politik DAP, kata bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam parti itu, Mohamad Razali bin Abdul Rahman.

Menurut Razali cara kemasukan dana asing kepada DAP lebih licik berbanding dengan cara kemasukan dana asing kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Tambahnya, dana asing yang masuk ke dalam akaun DAP melalui proksi-proksi tertentu.

Ikutilah wawancara Razali dengan KLXpress berkenaan isu tersebut pada Ogos 2015:

SOALAN: Bagaimanakah DAP mendapat dana untuk menggerakkan kegiatan politik mereka?

Kita tengok sebelum 2008, dana-dana yang datang mungkin dari penyokong-penyokong tegar mereka dengan majlis makan mereka, macam itu lah.

Tetapi lepas 2008 ini, kita nampak banyak dana-dana yang datang. Saya dapat contoh macam PRN di Sarawak ini, bila saya bertugas di sana saya nampak.

Tiba-tiba kita nampak orang asing berada dalam pejabat DAP yang mana ada setengah itu tak pernah saya jumpa. Mungkin tiba-tiba mereka muncul.

Dan selepas 2008, saya nampak tiba-tiba DAP jadi satu parti yang kedudukan kewangannya terlalu kukuh, terlalu kukuh.

Contoh saya kata lepas menang Pulau Pinang dalam masa 2 tahun, DAP boleh beli satu bangunan sendiri di Pulau Pinang, jadikan ibu pejabat DAP negeri. Sedangkan Gerakan dulu pun ambil masa 12 tahun untuk buat ibu pejabat dia yang besar.

Tapi DAP cuma perlukan 2 tahun sahaja.

Dan saya tahu memang banyak pemaju di negeri Pulau Pinang memberikan sumbangan untuk dana apa politik dia.

Tapi saya nak tanya adakah DAP akan dedahkan dana dia itu secara ikhlas atau ada setengah yang mana patut dia dedahkan dedahkan.

Yang lain semua mungkin dia akan sembunyi terutamanya bantuan-bantuan daripada luar, sebabnya saya yakin dia takkan masuk direct daripada akaun DAP parti.

Dia ada proksi dia yang kontrol wang itu. Jadi yang proksi ini dia tahu bila masa yang sesuai untuk masukkan ke dalam akaun mereka.

Kadang-kadang Bank Negara pun, sorry to say lah kadang-kadang mereka tak dapat mengesan, cara dia masuk bukan masuk sekali banyak. Ada cara dia, cara lain sikit.

SOALAN: Siapa penyumbang utama dana politik DAP?

Ok untuk DAP ini, dia tak bersangkut paut dengan cara yang bagaimana yang PKR terimalah. Cara dia ini lebih berahsia dia tak mahu orang kesan.

Dia banyak masuk daripada negara Eropah, Ukraine, Belanda, Sweedan daripada Australia, US hampir saya ingat 7,8 tahun dah.

Tapi cara masuk dia, itu yang saya kata ada dia punya proksi dia itu.

SOALAN: Apakah imbuhan yang diperoleh oleh penyumbang dana politik tersebut?

Kita tengok contoh di Pulau Pinang ini dikatakan hampir semua pemaju-pemaju utama ini memang penyumbang dana untuk parti DAP ini. Sebab kita tahu sebab apa memang berterusan dok buat projek di Pulau Pinang, jadi mungkin atas dasar, win-win situation lah sumbangan itu dibuat.

Saya tengok hampir semua pemaju buat benda ini. Cuma mungkin tidak didedahkan banyak mana. Kita tak tahu. Tapi ada sumbangan.

SOALAN: Apakah DAP memperolehi dana politik daripada pertubuhan haram kongsi gelap?

Di Pulau Pinang pun, tiba-tiba saya nampak rumah urut sama macam negeri Selangorlah. Tumbuh macam cendawan.

Ok. Saya ingat sumbangan daripada rumah urut ini ada, tapi nak kata sebanyak macam pemaju itu tak lah. Benda itu tak dapat kita nak nafikan la. Tapi sebanyak sumbangan pemaju itu….i don’t think so.

Tapi kongsi-kongsi gelap ini membantu DAP dalam pilihan raya.

Tapi ada setengah kes contoh dana kerajaan negeri. Kenapa kerajaan negeri, saya ingat ada satu kes satu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) itu, kita tengok apabila pasukan ini ditubuhkan. Ketua Menteri Pulau Pinang kata pasukan ini ditubuhkan untuk membantu pasukan polis.

Tapi apabila pilihan raya kecil Bukit Gelugor, mereka pakai uniform PPS tapi dok pacak bendera DAP. Nak tanya lah sebelum ini pernah tak kita nampak anggota polis, pakai uniform polis pacak bendera Barisan Nasional ke UMNO ke, pernah nampak tak?

Kita tengok kenapa dana rakyat, dana kerajaan ini, kenapa digunakan untuk parti?

Sumber:https://aidcnews.wordpress.com/2016/01/02/penaja-asing-syarikat-pemaju-penyumbang-dana-politik-dap-razali/