Soalnya Sekarang, Minyak Murah Barang Tidak Juga Murah.

Soalnya sekarang minyak.

Ikut falsafah pembangkang, ibu kepada segala kenaikan dan penurunan di negara ini adalah minyak. Negara kita – kata mereka, kaya dengan hasil minyak dan harga minyak semakin hari semakin tinggi, tidak akan turun. Dari 2008 sampai 2013, itulah zikir mereka hari-hari, minyak murah barang murah, minyak murah barang murah.

Tapi ternyata semua itu salah, nasib baik mereka tak menang atau hari ini rakyat akan betul-betul hidup melarat, bukan bayang-bayang macam mana agaknya hidup melarat seperti sekarang. Kebergantungan kepada hasil minyak ternyata boleh mengundang padah seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Penulis katakan begitu sebab pembangkang macam Arab jugak, dia tak nampak cara lain bagaimana nak pelbagaikan hasil negara melainkan dengan minyak. Bezanya cuma, minyak kat Arab banyak sedangkan negara kita tak berapa banyak minyaknya.

Itupun subsidi minyak masih ditarik balik dan harga minyak naik mencecah antara 40% – 50% di beberapa buah negara Arab dan nak diperkenal GST dan apa segala. Sebagai perbandingan, negara kita pun tarik balik subsidi minyak tinggal lagi harga minyak kita semakin rendah bukan semakin tinggi.

Sepatutnya perkara ini dijadikan pengajaran supaya jangan percayakan pembangkang. Kesannya mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

Eh, pembangkang nak hapus bayaran parking (di negeri-negeri yang mereka perintah) pun tak mampulah, nak cerita apa bagi semua murah dan percuma kalau mereka perintah Malaysia? Fikir macam tu saja cukuplah.

Sumber:http://www.mykmu.net/2015/12/saudi-naik-minyak-mitos-minyak-murah-segalanya-murah-memang-palsu/