Sumbangan ‘RM2.6 bilion’ Telah Dilulus Dan Dibenarkan Dari Pemerintah Tertinggi.

Arab Saudi mengesahkan kepada BBC bahawa sumbangan ‘RM2.6 bilion’ telah dilulus dan dibenarkan dari pemerintah tertinggi.

 


$681 juta yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Malaysia Najib Razak oleh Arab Saudi adalah bertujuan untuk membantu beliau memenangan pilihanraya pada tahun 2013, satu sumber Saudi berkata.

Peguam Negara Malaysia telah membersihkan Najib dari tuduhan tersebut pada Selasa selepas memutuskan dana tersebut adalah derma dari Keluarga Diraja Saudi.

Najib telah menafikan dana tersebut dari dana pelaburan milik Malaysia, 1MDB.

Sumber Saudi berkata derma itu telah dibuat berhubung dengan kebimbangan mengenai pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Pada ketika itu, pakatan pembangkang Malaysia turut merangkumi Parti Islam SeMalaysia (PAS). Para pengasasnya sememangnya mengagumi Ikhwanul Muslimin, walaupun terdapat bukti yang sedikit gerakan ini benar-benar mempunyai penyokong di Malaysia.

Parti pimpinan Najib memenangi pilihanraya tersebut, tetapi dengan rekod antara yang terburuk selepas lebih 50 tahun berkuasa.

Derma sulit kepada Najib ini dikatakan dilakukan melalui satu siri pemindahan antara lewat Mac 2013 dan awal April 2013, sebelum hari pengundian pada 5 Mei.

Sumber Saudi yang berpengaruh itu yang tidak dinamakan, memberitahu BBC yang derma itu diluluskan dari peringkat tertinggi – dari Almarhum Raja Abdullah – dengan dana datang dari sumber kewangan beliau sendiri dan dana kerajaan.

Putera Turki Bin Abdullah, salah seorang anak baginda, dilaporkan mempunyai perniagaan yang meluas di Malaysia.

Tujuan derma itu adalah mudah, menurut sumber Saudi itu – ianya untuk membantu Najib dan parti yang diketuainya menang pilihanraya, mewujudkan pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, memfokuskan kepada Sarawak, dan membiayai program sosial melalui kempen parti.

Tetapi mengapa perlu Saudi peduli dengan satu pilihanraya di sebuah negara bukan arab, 6000km dari negaranya? Jawapannya, menurut sumber terbabit, adalah kerana kebimbangan terhadap pengaruh Ikhwanul Muslimin yang semakin meningkat, yang dilihat Saudi sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

Saudi sememangnya tidak menyukai apa yang terjadi di Mesir, apabila President Morsi dilihat cuba mengukuhkan pengaruh Ikhwanul di sana.

Ianya berlaku selama 3 bulan sebelum Morsi dijatuhkan oleh tentera dan Saudi percaya, pembangkang Mesir disokong oleh Ikhwanul dan Qatar, yang sememangnya menyokong Ikhwanul dan kumpulan muslim lain di Timur Tengah.

Jadi, adakah pelik bagi Keluarga Diraja Arab Saudi untuk menderma sejumlah dana ini di dalam bentuk dana peribadi? Tidak langsung, menurut sumber Saudi itu, dengan menambah Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan semuanya pernah menerima derma melebihi 100 juta dolar dari keluara diraja Saudi.

“Tiada apa yang pelik mengenai derma untuk Malaysia ini,” menurut beliau. “Ianya serupa dengan operasi Saudi di beberapa negara.”

Arab Saudi menyokong penggulingan Presiden Morsi di Mesir, dengan menyediakan kerajaan pimpinan tentera berbilion dolar di dalma bentuk bantuan dan pinjaman.

Jordan telah menerima manfaat berjumlah lebih 1 bilion dolar di dalam bentuk dana pembangunan, dan Riyadh menyalurkan 1 bilion dolar kepada bank pusat Sudan dan menandatangani perjanjian untuk membiayai pembinaan empangan di Sungai Nil. Maghribi pula diberikan bantuan di dalam bentuk minyak mentah, kewangan, pelaburan dan pekerjaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber: http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424