Surat BNM kepada Tabung Haji, Jangan Berlagak Pandai

Dengan mengandaikan bahawa kebocoran surat Bank Negara Malaysia kepada Tabung Haji adalah benar, ini adalah fakta yang perlu dilihat:

1) BNM mengambil berat bahawa aset TH pada September 2015 adalah lebih rendah daripada jumlah liabiliti (bermaksud deposit oleh pendeposit) disebabkan oleh kelemahan prestasi pasaran saham.

Surat itu menyatakan kebimbangan BNM kepada TH bahawa ia perlu meningkatkan rizab dan untuk mengukuhkan pengurusan risiko.

Ia bukan satu surat penalti kepada TH.

2) BNM percaya bahawa jumlah aset TH pada tarikh berkenaan hanya cukup untuk membayar 98 sen bagi setiap RM 1 yang didepositkan. Ini bermakna RM56.72 bilion aset untuk menampung RM57.9 bilion deposit – kekurangan sebanyak RM1.158 bilion pada September 2015.

3) BNM berkata sebab bagi kekurangan ini adalah kerana di antara tahun 2012 hingga 2014, margin rizab Tabung Haji telah menyusut dengan membayar lebih dividen dan bonus berbanding keuntungan mereka bagi tahun-tahun itu – bermakna membayar RM1.07 bagi setiap RM1 keuntungan.

Ini tidak bermakna bahawa wang rizab telah hilang daripada rizab tetapi sebaliknya ia telah digunakan dengan lebih bermurah hati untuk membayar kepada pendeposit.

4) Adalah mungkin bahawa nilai aset September 2015 yang digunakan oleh BNM tidak mengambil penilaian semula akaun aset hartanah dan juga kadar pertukaran matawang – hartanah asing terutamanya.

Sebagai peraturan umum, TH melabur 50% dalam ekuiti (pasaran saham), 20% dalam pendapatan tetap, 20% dalam hartanah dan 10% dalam pasaran wang.

Sejak tahun 2013, walaupun dikritik hebat, TH telah membuat pelaburan besar dalam hartanah di luar negara.

Dengan kenaikan nilai dalam hartanah asing dan kelemahan Ringgit, TH berkata bahawa ia telah membuat 200% pulangan ke atas pelaburan hartanah di UK baru-baru ini.

TH sedang memperolehi keuntungan dengan nilai yang berpotensi besar yang perlu diiktiraf pada akhir Disember 2015.

Juga, Indeks Bursa pada akhir September adalah 1600 mata tetapi pada akhir 2015, ia ditutup sedikit di bawah 1700 mata – ini bermakna bahawa penilaian ekuiti pelaburan TH pada akhir tahun kewangan 2015 mungkin akan menjadi lebih tinggi.

Pada tahun 2014, ia telah membayar dividen dan bonus sebanyak 8% berjumlah RM3.2 bilion – yang tertinggi dalam tempoh 14 tahun.

Oleh itu, untuk membayar nilai 8% dividen dan bonus yang sama dan untuk menampung kekurangan September itu, TH perlu meningkatkan penilaian dari September hingga Disember 2015 dalam lebih kurang RM4.6 bilion – atau kira-kira 8% peningkatan dari RM56.72 bilion aset pada bulan September – yang mana tidak mustahil.

Tetapi walau apa pun, deposit TH dilindungi oleh kerajaan supaya tidak akan ada kehilangan deposit pada pendeposit.

Tetapi kerana ekonomi keseluruhan yang lebih lemah pada tahun 2015, menjangkakan dividen yang sama 8% adalah sangat optimistik.

Sebagai contoh, pada tahun-tahun kemelesetan ekonomi 2008 -2009 yang lalu, dividen diberi hanya 5% manakala pada tahun-tahun 2001 hingga 2004, jumlah dividen hanya di antara 3.25% hingga 4.3% sahaja.

Bagaimanapun, Pengerusi TH telah berkata hari ini bahawa TH tiada masalah untuk memperoleh keuntungan dan membayar dividen bagi tahun lepas serta menunggu pengumuman dividen rasmi – jadi mari kita tunggu.

 



http://www.nst.com.my/news/2015/12/115908/back-basics-tabung-haji