Tom Wright Dari Wall Street Journal Sendiri Gagal Jawab Soalan Mengenai 1MDB, Mana Kredibiliti WSJ?

Hari ini, Tom Wright dari Wall Street Journal telah mengadakan sesi soal jawab dalam talian pada pukul 5 petang waktu Malaysia.
https://www.facebook.com/wsj/posts/10153925089353128?hc_location=ufi

Tom Wright merupakan ketua pengarang artikel-artikel 1MDB yang kerap diterbitkan di Wall Street Journal termasuklah pendedahan RM2.6 bilion.

Saya bertanya 10 soalan dan beliau cuba menjawab sebanyak yang boleh.

1) Mengapa pemilik PetroSaudi, Putera Turki anak ketujuh Raja mereka dan Gabenor Riyadh, wilayah terbesar di negara itu mahu bekerjasama dengan seorang cina dari Malaysia untuk merompak wang Malaysia? Bukankah Arab Saudi, dengan wang minyak yang begitu banyak, perlu mencuri USD1.83 bilion?

2) Adakah boleh terjadi bagi PetroSaudi-1MDB JV, iaitu sebuah inisiatif kerajaan dengan kerajaan dengan sokongan Raja Arab Saudi dan Perdana Menteri Malaysia? Kedua-duanya telah bertemu dengan kerap sepanjang 1MDB-PetroSaudi JV ini wujud.

3) Apakah bukti anda yang Good Star dimiliki oleh Jho Low?

4) Adakah boleh terjadi yang Good Star masih badan pelaburan milik penuh PetroSaudi tetapi mereka telah bekerjasama dengan Jho Low atau pasukan beliau untuk menguruskan dana, sekiranya ada? Apa yang saya boleh ingat dari pendedahan Sarawak Report, terdapat persetujuan untuk pengurusan dana seperti itu. Ini boleh terjadi kerana Jho Low telah terkenal sebelum Terengganu Investment Authority (TIA) wujud, iaitu entiti sebelum kewujudan 1MDB dan Perdana Menteri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau telah menggunakan wang arab yang datang dari keluarga-keluarga untuk membeli tiga syarikat senaraian awam pada tahun 2007-2008 iaitu sebelum kewujudan 1MDB lagi.

5) Kenapa IPIC tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang memberitahu yang mereka telah kehilangan berbilion ringgit, seperti yang anda dakwa?

6) Memandangkan bon IPIC disenaraikan di Bursa Saham London, kehilangan sehingga USD2.4 bilion, seperti yang anda dakwa, sudah tentu akan mencetuskan sekurang-kurangnya 1 pertanyaan dari Bursa Saham London kepada IPIC. Mengapa?

7) Jika berbilion telah hilang, mengapa IPIC terus membayar 1MDB USD1 bilion di dalam bentuk tunai pada Jun, dan mengambil alih bon USD3.5 bilion dan membayar faedah bon untuk 1MDB pada Oktober dan November?

8) Mengapa setelah 4 dan 5 tahun diaudit oleh dua firma audit terbesar dunia, KPMB dan Deloitte, mereka tidak menjumpai sebarang bukti kehilangan berbilion ringgit?

9) Apakah implikasi global jika KPMG dan Deloitte didapati cuai dan tidak mampu mengesan penipuan yang anda dakwa dan berbilion yang telah hilang? Saya masih ingat Enron dan ianya tidaklah sebesar ini dan ianya berhenti beroperasi dan menyebabkan kekacauan industri kewangan di seluruh dunia.

10) Memandangkan anda telah menyebut beberapa kali di dalam artikel anda yang tiada undang-undang Malaysia telah dilanggar, apa motivasi anda untuk terus mengejar cerita 1MDB dengan satu semangat yang tidak terdapat pada orang lain? Adakah anda berkomunikasi dengan Clare Brown kerana nampaknya artikel anda sama sahaja dengan apa yang Sarawak Report terbitkan. Contohnya, Sarawak Report keluarkan laporan mengenai USD850 juta yang anda dakwa telah hilang hanya beberapa minit selepas anda terbitkan artikel yang sama di WSJ.


Tom membalas dan ini antara jawapannya:

2) Documents that are part of the Malaysian auditor general’s report into 1MDB show that Mr. Najib portrayed this as a government-to-government deal. It’s unclear to me the level of involvement of the Saudi royal family. PetroSaudi, as you say, is owned by Prince Turki, but it’s unclear whether this was a government-to-government deal.

3) As in today’s story, we know that Jho Low set up Good Star from a person who was involved with setting up 1MDB.

5) It’s a good question and I don’t know the answer. What we do know is that they are investigating to find out what happened. There’s still much to learn about the relationship between 1MDB and Abu Dhabi’s IPIC/Aabar.

8) On the auditors. Both Ernst & Young and KPMG were fired by Mr. Najib. Both of them had questions about accounting relating to the treatment of investments relating to the PetroSaudi joint venture. We know this because of documents in the draft auditor general report. Deloitte, when they came on board in early 2014, said they had received complaints about accounting irregularities but could not find evidence of wrongdoing, according to 1MDB minutes. We reported on this last part in today’s story. All the auditors declined to comment to us during the course of our reporting.

10) Our reporting is independent and based on the facts that we have gathered. We take our reporting seriously. As you can see, there’s still lots more to be known on this story.



Itu dia. Tom menjawab 5 dari 10 soalan saya dan tidak menjawab yang lain. Beliau kemudian berterima kasih kepada saya atas soalan-soalan yang bagus.

Secara peribadi saya tidak berpuas hati dengan jawapannya dan mahukan penjelasan yang lebih terperinci dan meyakinkan.

Saya perasan Tun M, Muhyiddin, Rafizi, Tony Pua dan yang lain yang terdesak inginkan jawapan mengenai 1MDB tidak bertanya soalan pun.

Pergi bercuti agaknya.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/12/1mdb-lss-asks-and-wsjs-tom-wright.html