Tony Pua Ini Mungkin Sudah Semakin Hilang Akal

“Tony adalah ahli PAC. Ada beliau bertanya soalan di dalam prosiding PAC? Bukankah itu platform yang paling tepat untuk beliau bertanya soalan? Dan jika benar Tony telah bertanya dan Arul tidak menjawab, jadi mengapa hanya Tony seorang sahaja yang meroyan dan merungut sedangkan ahli PAC dari pembangkang yang lain tidak pulak berkata apa-apa dan berkelakuan bodoh seperti Tony. Sudah tiba masanya Tony menjelaskan perkara ini atau tidak beliau akan kelihatan seperti seorang yang bodoh. Anda tidak akan terus duduk di dalam sebuah jawatankuasa yang korup (jika Tony fikir PAC korup).”

 



“Arul Kanda Kandasamy telah mengecewakan rakyat Malaysia kerana beliau telah gagal memberikan jawapan kepada banyak persoalan mengenai skandal 1MDB, walaupun beliau mempunyai segala jawapan yang diperlukan sebagai CEO syarikat, ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.” (Free Malaysia Today)

Tony Pua ini mungkin sudah semakin hilang akal atau mungkin beliau benar-benar seorang yang bodoh. Beliau, dan Rafizi Ramli, sepatutnya berhenti menyalak kerana mereka tidak lagi mampu melihat isu sebenar.

Ini hanya membuktikan yang Tony mempunyai pemikiran yang bercelaru. Dan saya harapkan seorang ahli politik yang terkenal adalah lebih baik dari ini. Dan nampaknya Tony Pua ini tidak ubah seperti ahli politik kampung yang hanya melihat sesuatu perkara begitu sahaja tanpa sebarang analisis. Jika DAP berkata kononnya inilah yang terbaik mereka boleh tawarkan untuk negara ini, maka saya mula risau terfikirkan jika mereka memimpin negara ini suatu hari nanti. Ini akan menjadikan Malaysia seperti China sebelum Perang Dunia Pertama.

Adakah Tony fikir yang Arul Kanda ini dilantik untuk menerajui 1MDB setahun yang lepas hanya untuk patuh kepada setiap rungutan Tony dan memuaskan hati Tony? Arul bukan hamba Tony yang mesti patuh kepada setiap arahannya dan memuaskan setiap kehendaknya.

Arul dilantik untuk melaksanakan satu tugas dan itu sahaja yang beliau perlu lakukan. Dan mendengar arahan Tony bukan salah satu syarat tugasan Arul. Bukan Tony yang bayar gaji Arul. 1MDB yang bayar. Dan 1MDB telah memberikan tugasan yang spesifik untuk Arul laksanakan.

Tony semakin lupa diri. Kadang-kadang beliau bayangkan yang beliau adalah bos Arul. Arul mesti dengar cakap beliau dan buat apa yang beliau perintahkan. Tony yang berkuasa dan Arul mesti patuh. Perdana Menteri, Kabinet, lembaga pengarah 1MDB tiada suara. Apa yang diperkatakan Tony sahaja yang penting.

Apakah isu utama yang disebut terhadap 1MDB pada Disember 2014? 1MDB mempunyai terlalu banyak hutang dan kekurangan aliran tunai. Maka, pada bulan berikutnya, Januari 2015, Arul dilantik untuk menyelesaikan masalah ini. Pendeknya, Arul perlu memulihkan 1MDB melalui pelan rasionalisasi dan langkah pengurangan hutang.

Arul menghabiskan masa hampir 6 bulan meneliti hal 1MDB dan telah muncul dengan pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang. Beliau persembahkannya kepada kabinet, yang diluluskan kabinet. Arul meminta tempoh 6 bulan untuk mencapainya – yang kebiasaannya mengambil masa 2-3 tahun untuk kes biasa.

Maka, apa yang dibentangkan oleh Arul kepada Kabinet yang telah diluluskan oleh Kabinet? Adakah Tony tahu? Atau beliau tidak peduli? Adakah ianya berjaya dicapai Arul? Adakah Tony tahu? Atau beliau tidak peduli?

Arul telah diberikan satu tugasan. Persoalannya: berjayakah beliau di dalam tugasan itu? Dan adakah melayan Tony Pua dan memuaskan hati beliau salah satu dari keperluan tugasan tersebut? Tony Pua mungkin seorang ahli parlimen tetapi itu tidak memberikan beliau apa-apa hak ke atas 1MDB.

Tony merupakan seorang yang pandai di dalam satu hal sahaja. Dan hal tersebut adalah mengacau Arul dan 1MDB. Beliau tiada kepandaian lain. Dan ini adalah lelaki yang akan menjadi menteri kewangan jika Pakatan Harapan berjaya menakluk Putrajaya.

Tony perasan beliau akan menjadi menteri kewangan berbangsa Cina yang terbaik selepas Tun Tan Siew Sin. Jangan harap! Nak bawak beg Tan Siew Sin pun beliau tak layak. Siew Sin adalah tokoh Cina yang terkemuka di negara ini. Tony pula hanyalah ibarat katak sahaja. Macam langit dan bumi kalau 2 orang individu ini hendak dibandingkan.

Biar saya tegaskan lagi sekali. Arul tidak bekerja untuk Tony. Beliau tidak melaporkan apa-apa kepada Tony. Gaji beliau tidak dibayar oleh Tony. Arul boleh sahaja berkata dekat Tony “Pergi Mampus”.

Apakah tugas Arul? Adakah beliau laksanakan tugas beliau? Jika jawapannya ya, habis cerita. Sama ada Tony puas hati atau tidak, itu bukan soalnya. Dan lebih cepat Tony paham mengenainya, ianya adalah lebih baik untuk semua orang yang perlu mendengar beliau meroyan dan merungut.

Tony adalah ahli PAC. Ada beliau bertanya soalan di dalam prosiding PAC? Bukankah itu platform yang paling tepat untuk beliau bertanya soalan? Dan jika benar Tony telah bertanya dan Arul tidak menjawab, jadi mengapa hanya Tony seorang sahaja yang meroyan dan merungut sedangkan ahli PAC dari pembangkang yang lain tidak pulak berkata apa-apa dan berkelakuan bodoh seperti Tony.

Adakah PAC (yang turut dianggotai ahli dari pembangkang) hanya satu wayang? Adakah mereka (yang turut dianggotai ahli dari pembangkang) cuba menyembunyikan kebenaran. Adakah kesemua ahli PAC (yang turut dianggotai ahli dari pembangkang) kecuali Tony Pua, telah dirasuah?

Jika saya ahli PAC, dan jika semua ahli PAC yang lain (yang turut dianggotai ahli dari pembangkang) telah dirasuah dan menyembunyikan kebenaran, saya akan meletak jawatan dan tidak lagi terlibat dengan jenayah mengelirukan orang awam.

Mengapa Tony masih lagi ahli PAC dan masih belum meletak jawatan? Adakah kerana PAC tidak boleh dituduh menutup kebenaran? Sudah tiba masanya Tony menjelaskan perkara ini atau tidak beliau akan kelihatan seperti seorang yang bodoh. Anda tidak akan terus duduk di dalam sebuah jawatankuasa yang korup (jika Tony fikir PAC korup).

Jadi, beritahu saya Tony, adakah PAC korup dan jika benar, adakah itu sebabnya anda terus menyalak di luar PAC? Sekarang giliran anda untuk menjawab soalan kami.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/tony-pua-is-beginning-to-sound-like-an-imbecile/