TPPA : Akan Ada Perebutan Dalam Pasaran Untuk Pekerja-Pekerja Mahir Dan Pengurus-Pengurus Profesional.

APAKAH HIKMAH TERSEMBUNYI YANG ADA PADA TPPA?

Kerajaan telah memberi pelbagai insentif untuk sektor sawsta untuk meningkat produktiviti dan tahap daya-saing mereka.

Melainkan GLC-GLC dan beberapa buah syarikat, sebahagian besar dari pemilik-pemilik syarikat-syarikat swasta tidak mahu melabur di dalam syarikat-syarikat mereka.

Kebanyakan dari syarikat-syarikat ini senang dan selesa mengaut keuntungan tanpa menggaji warga kerja bernilai tinggi, kurang membuat research & development, kurang melabur di dalam penjenamaan produk-produk mereka.

Kenapa?

Sebab daripada melabur, mereka lebih suka mengeluarkan tunai dari syarikat-syarikat mereka sebagai dividen, bonus, gaji dan membayar segala keistimewaan seperti kereta, rumah dan lain-lain untuk ahli-ahli lembaga pengarah syarikat.

Untuk betul-betul mencapai status negara berpendapatan tinggi, pihak swasta harus berusaha memanjat talian nilai mereka, dengan tujuan untuk menjadi seperti syarikat-syarikat seperti yang terdapat di negara-negara maju.

Tetapi kalau dah bagi macam-macam insentif pun, mereka enggan, apakah yang Kerajaan boleh buat?

Dengan memasuki TTPA.

Macam mana pulak tu?

Dengan TPPA, syarikat-syarikat dari negara-negara boleh masuk tanpa banyak sekatan untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.

Syarikat-syarikat swasta terpaksa menghadapi tahap daya-saing yang lebih tinggi dari sekarang.

Akan ada perebutan di dalam pasaran untuk pekerja-pekerja mahir dan pengurus-pengurus profesional.

Akan ada lebih banyak lagi produk-produk untuk para pembeli di dalam pasaran.

Syarikat-syarikat yang sekarang talian pembekalannya didominasi oleh satu-satu kumpulan akan tergugat.

Our private sector will have to work harder to retain their market share and their profit margins.

To do that, they have no choice but to invest more in their companies and to pay higher salaries.

Siapa untung?

Bukankah rakyat yang untung?

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206727904450237