Tun M Pura-Pura Tidak Tahu?

Saya tidak marah Tun M.

Saya tidak buat posting memaki hamun Tun M.

Malah, Tun M adalah seorang yang saya amat sanjung selama ini.

Sesungguhnya, hidup saya dan hidup keluarga saya tidak sampai macam yang ada sekarang ini tanpa Tun M.

Tetapi saya kecewa dengan Tun M.

Kenapa saya kecewa dengan Tun M?

Saya kecewa dengan Tun M kerana sebagai seorang yang di suatu masa paling berkuasa di dalam negara ini, seorang yang geliga di dalam perancangan strategi, seorang yang kenal sesiapa pun yang tersohor di salam dunia sepanjang tempuh 25 tahun terakhir di abad ke dua puluh, seorang yang meneraju UMNO untuk 22 tahun, sudah tentunya beliau tahu sangat apa cerita di belakang sumbangan RM2.6 bilion itu.

Beliau tahu tentang hal-ehwal pembiayaan pilihanraya di negara ini.

Beliau tahu strategi 1MDB.

Beliau tahu tentang peranan geo-politik yang berkaitan dengan sumbangan RM2.6 bilion.

Adalah mustahil beliau tidak tahu.

Tetapi beliau buat-buat tak tahu.

Inilah mengapa saya kecewa dengan Tun M.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206726728860848