Viral Di Fb Akibat Kenyataan Dari Akaun Twitter Astro Awani Yang Palsu

Orang ramai telah dikelirukan dengan imej berita Awani palsu yang tersebar di media sosial berkenaan kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai ekonomi negara, namun ia bukan dari akaun rasmi Astro AWANI.

Dimaklumkan Astro AWANI tiada kaitan dalam memuat naik berita seperti yang tertera.

Pembaca serta pengikut disaran hanya mengikut Astro AWANI di laman Twitter, Facebook dan Instagram rasmi sahaja untuk mendapatkan berita yang terkini dan sahih.

Laporan palsu ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani