Walau Pernah Menjadi Perdana Menteri, Tidak Bermakna Semua Masih Bawah Kawalan Anda

Adalah hak Perdana Menteri untuk memilih siapa Menteri Besar, di atas perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Terpulang juga kepada PM untuk menyelesaikan sebarang kemelut, setelah mengambil maklum pandangan semua pihak yang berkenaan.

Hanya kerana anda adalah PM selama 22 tahun, tidak bermakna semua orang mesti dengar kata anda.

Ketika Tun M menjadi PM, tiada siapa yang boleh mencabarnya. Sesiapa sahaja yang menghalangnya dipecat, dipindahkan, dibeku, disekat daripada mendapat lagi perniagaan atau dipenjarakan.

Malah Ketua Hakim Negara, ahli undang-undang tertinggi dalam negara, dipecat kerana beliau tidak bersetuju dengan Tun M.

Tetapi sekarang, PM adalah orang lain. Namun, Tun M masih mahu mengawal segala-galanya.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206723571101906