1MDB Tidak Membayar Apa-Apa Dana Ke Akaun Peribadi Perdana Menteri

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan 1MDB di sini hari ini, berbeza dengan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang tidak berasas dan tidak terbukti, 1MDB secara konsisten kekal bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi perdana menteri.

“Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.

“Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata,” menurut 1MDB.