2.6b Bukan Duit 1MDB

Laporan The New York Times (NYT) yang terkenal dengan “kempen anti-Najib”, hari ini yang menyatakan hari ini mengesahkan dana RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana kegiatan rasuah membabitkan kewangan kerajaan Malaysia.

Menurut NYT, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”

Manakala satu sumber lagi yang dipetik oleh NYT menyatakan salah seorang wang tersebut datang dari akaun peribadi Putera Saudi tetapi bukan derma.

“One member of the royal family and one associate of the family, speaking on the condition of anonymity, said that the money had come from a Saudi prince and confirmed that it was not a donation. The associate questioned the reported sum but said the funds were part of a business deal.

Dalam politik antarabangsa kita tahu banyak negara dan agensi luar negara seperti badan perisikan Amerika Syarikat (CIA) yang membiayai kempen politik di negara lain atas pelbagai sebab dan alasan. Malah adalah rahsia umum bahawa CIA membelanjakan berbilion US dan kadang kala mengatur rampasan kuasa menukar kerajaan tertentu untuk menjaga kepentingan politik US.

Iran dan Libya juga suatu ketika dahulu diketahui umum menaja pelbagai kumpulan politik negara lain bagi menjaga kepentingan tertentu mereka atau untuk menguasai dunia Islam.

Tidak pernah ada satu negara atau agensi termasuk CIA pun pernah mengakui atau mengesahkan sebarang sumbangan politik mereka di luar negara kerana ia boleh membawa implikasi politik kepada pihak yang menerima.

Selebihnya ia akan mendedahkan negara atau agensi terbabit kepada percaturan politik antarabangsa yang lebih kompleks. Lihat sahaja apa akan terjadi apabila sumbangan Arab Saudi atau mana-mana negara Islam kepada kumpulan atau pertubuhan lain, mereka akan diserang bertubi-tubi oleh media barat.

Apa yang penting dari pendedahan ini ialah:

(i) Tiada penyalahgunaan wang kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana yang didakwa oleh pembangkang dan Tun Mahathir.

(ii) Ia bukan merupakan rasuah atau suapan untuk kelulusan sesuatu projek kerana sehingga hari ini tiada sebarang projek yang kita ketahui dianugerahkan kepada syarikat Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia.

Sebaliknya, Malaysia pula telah mendapat beberapa projek di Arab Saudi termasuk projek MRT di sana.

Lobi politik antarabangsa terutama lobi Yahudi, Kristian, Islam, CIA dan Russia tidak mungkin nampak dalam mata kasar rakyat biasa walaupun bijak pandai lulusan PhD. Mengapa kita perlu gundah gulana mendapat sumbangan politik dari Arab Saudi sedang parti sebelah sana mungkin menerima pelbagai dana dari US dan Yahudi.

Mana lebih bahaya menerima dana politik Arab Saudi atau US dan CIA?

Sumber:http://www.mykmu.net/2016/02/arab-saudi-akui-dana-rm-2-6-bilion-dari-mereka-bukan-1mdb/