Anak Dr Mahathir Disiasat Bagi Jenayah ‘insider trading’?

Jika ‘mencari kebenaran’ menjadi misi mereka kononnya, tolonglah beritahu kebenaran tentang ini. Adalah anak Dr Mahathir disiasat bagi jenayah ‘insider trading’? Tolonglah beri pencerahan kebenaran kepada kami dan menafikannya jika ia tidak benar. Kami hanya mahu kebenaran sebagaimana anda melihat kebenaran.

Dan bagaimana pula dengan kes pengelakkan cukai yang telah dikaitkan terhadap anak Dr Mahathir di zaman Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi – dan yang kemudian Peguam Negara Abdul Gani Patail bantu menyapu di bawah permaidani?

Jadi sekarang anda boleh fahami mengapa Dr Mahathir mahu Gani dikembalikan sebagai Peguam Negara? Gani telah menyelamatkan anaknya sekali atas tuduhan mengelak cukai dan dia memerlukan Gani untuk menyelamatkan dia kali kedua atas tuduhan ‘insider trading’. Jadi terdapat lebih kisah di sebalik tentang mengapa Dr Mahathir menentang Peguam Negara Mohamed Apandi Ali daripada apa yang diberitahu pada kita.

Moral kisah ini adalah mereka yang tinggal di rumah kaca tidak patut membaling batu. Dan Dr Mahathir juga Kadir Jasin berbading semua orang lain sepatutnya menjadi orang terakhir di Malaysia yang perlu membaling batu.

Isu di sini adalah mudah. Najib diminta untuk membuktikan dia tidak mencuri wang 1MDB. Walau PAC atau Peguam Negara mengatakan yang beliau tidak melakukannya, masih tidak cukup baik. Kita tidak akan percaya apa yang PAC atau Peguam Negara katakan. Najib perlu membuktikan dia tidak bersalah. Ini adalah bagaimana sistem keadilan di Malaysia berfungsi.

Jadi sekarang Dr Mahathir dan Kadir Jasin perlu membuktikan bahawa anak Dr Mahathir tidak terbabit bagi pengelakan cukai dan Peguam Negara tidak mendiamkan kes ini. Dan mereka juga perlu membuktikan bahawa tidak ada penyiasatan bagi ‘insider trading’.

Walaupun mereka tidak akan menerima penafian yang mudah dari Najib, kami, bagaimanapun, akan bersedia untuk menerima penafian mudah mereka. Dan jika mereka enggan menafikan ini maka kita perlu menganggap bahawa ia adalah benar. Berdiam diri, dalam kes ini, akan menjadi satu pengakuan.

Baca: Apa yang Mokhzani buat di Yinson?
http://cms-m.kinibiz.com/story/tigertalk/27933/what’s-mokhzani-up-to-at-yinson.html

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/the-reason-why-mahathir-wants-gani-reinstated-as-ag/