Apa Yang Menjadi Masalah Tabung Haji

Berikut adalah jawapan (Bahagian 3) daripada 4 dakwaan / kesimpulan dibuat Rafizi yang lebih cenderung kepada nafsu politik dan terpesong daripada fakta perakaunan sebenar:

3. RAFIZI: Tabung Haji bernasib baik kerana jumlah simpanan baru setiap tahun mengatasi jumlah pengeluaran deposit. Malah, jumlah bersih simpanan (simpanan baru tolak pengeluaran) adalah secara puratanya dua kali ganda lebih tinggi dari keuntungan yang dijana oleh Tabung Haji lalu memberi banyak ruang kepadanya menguruskan pelaburan dengan lebih selesa.



JAWAPAN AZMI:

Saya ulang semula apa yang Rafizi telah sebutkan:

“… banyak ruang kepadanya menguruskan pelaburan dengan lebih SELESA.”

Ia membuktikan bahawa, selain daripada fakta iaitu wang pendeposit disokong oleh aset Tabung Haji dan jaminan kerajaan, malah Rafizi sendiri mengakui agensi itu tidak mempunyai masalah kecairan. Jika tiada masalah rizab negatif, tiada masalah kecairan, tiada masalah pembayaran dividen, apa yang menjadi masalahnya?



Azmi Arshad, 50, memiliki ijazah perakaunan daripada Universiti East Anglia, Norwich, United Kingdom pada 1986. Beliau berjaya melepasi peperiksaan profesional di Institut Perakaunan Berkanun (Institute of Chartered Accountants in England & Wales) atau ICAEW pada 1990. ICAEW mempunyai lebih 144,000 ahli di 160 negara.

Berlatarbelakang perakaunan profesional di pelbagai sektor korporat termasuk di firma audit KPMG Peat Marwick di London, beliau turut menjawat pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pegawai Operasi serta turut dilantik sebagai Pengerusi bagi kumpulan penilaian usaha wajar bagi ekuiti dan pengumpulan piutang serta pelbagai pematuhan korporat syarikat disenarai awam.

Artikel penuh Azmi Arshad:
https://www.facebook.com/azmi929/posts/928651117255692