Apa Yang Nak Disebutkan Pasal Penyatuan Kaum? – Wang Zen Wen

Selepas melihat buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 anak perempuan saya, saya boleh mengesahkan selama ini, prestasi murid-murid di dalam subjek ini adalah tidak memuaskan. Berdasarkan data ke atas pelajar sekolah menengah bukan bantuan kerajaan, sangat sedikit jumlah pelajar yang cemerlang di dalam subjek ini.

Dari perspektif pelajar, adalah diketahui yang kebanyakan pelajar sekolah rendah Cina tidak berminat dengan bahasa Malaysia. Terdapat banyak faktor penyebab. Jika kita kaitkannya dengan sekolah, adalah benar yang sekolah rendah dan menengah Cina bebas adalah terlalu bersifat satu bahasa. Ianya adalah fakta, terutamanya di sekolah Cina yang bebas.

Dari perspektif masyarakat, komuniti Cina secara lisan menekankan Bahasa Malaysia dan di mana-mana sahaja kita boleh melihat pelajar mengambil tusyen untuk subjek ini. Walaubagaimanapun, penggunaan Bahasa Malaysia hanyalah setakat di jabatan-jabatan kerajaan. Di dalam sektor lain, penggunaan bahasa Malaysia masih lagi satu pilihan. Maka adalah mustahil untuk menekankan penggunaan bahasa malaysia kerana ianya bertentangan dengan keinginan terhadap keunggulan.

TIADA USAHA SERIUS UNTUK MEMENUHI TUNTUTAN MENJANGKAUI KAUM

Lebih lagi, komuniti Cina tidak pernah menghargai budaya Melayu dan ada yang menganggap budaya Melayu sebagai budaya yang lebih rendah berbanding dengan budaya Cina yang berprofil tinggi.
Apabila difikirkan, pelajar Cina tidak pernah dididik supaya menghormati dan menghargai budaya Melayu sejak dari kecil.

Lagi pula, sistem pendidikannya adalah bias terhadap pendidikan Cina. Akhirnya, ia menyebabkan ibu bapa Cina mengabaikan bahasa Malaysia. Mereka menganggap bahasa Malaysia sebagai subjek yang penting tetapi tidak mempunyai nilai praktikal yang diperlukan.

Selain dari itu, di dalam negara yang berbilang kaum, setiap kaum mempunyai gaya hidup sendiri dan setiap orang cuba untuk bertoleransi antara satu sama lain. Hasil daripada sistem di sekolah rendah dan menengah Cina menunjukkan pelajar Cina dan kaum lain tidak mempunyai pendidikan perpaduan yang berkesan. Sebab itu, saya dan anak saya tidak pernah mempunyai rakan Melayu yang rapat sejak dari kecil. Situasi sangat jelas di dalam komuniti Cina terutamanya di kawasan pantai barat ke utara dan selatan semenanjung.

Pada tahap ini, boleh dikaitkan dengan senarai rakan di dalam telefon. Walaupun mempunyai beribu kenalan di dalam telefon, tiada seorang pun milik seorang rakan Melayu yang rapat. Mari kita renungkan. Selepas menghabiskan separuh dari usia kita di atas tanah ini, kita masih lagi tidak mempunyai kawan Melayu yang rapat dengan kita. Lingkungan sahabat saya memang betul-betul kecil!

Sekolah Cina berusaha keras untuk meningkatkan prestasi bahasa Malaysia mereka di dalam peperiksaan tetapi tidak pernah menggalakkan pelajar mereka menghargai budaya Melayu. Generasi masa depan kita akan tinggal di tanah bertuah ini tetapi kita masih lagi tidak cukup serius untuk berusaha menjangkaui kaum. Akhirnya, awak adalah awak, saya adalah saya. Kita tidak ubah seperti kapal yang lalu lalang. Apa yang nak disebutkan pasal penyatuan kaum?

Oleh Wang Zeng Wen,
http://www.malaysianchinesenews.com/2016/01/do-you-have-any-malay-friends/