Bakke Nafi Keluar Kenyataan Pada PAC Tentang 2.6b

PENAFIAN TERHADAP KHABAR ANGIN DI LAMAN SOSIAL.

Saya dimaklumkan mengenai wujudnya khabar angin, fitnah dan spekulasi disebarkan melalui laman sosial mendakwa sebagai sebahagian daripada keterangan saya kepada Jawatankuasa Pemeriksa Wang Awam (PAC).

Ia secara spesifik mendakwa kenyataan saya menyebut tentang wang RM2.6 bilion kononnya adalah daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saya ingin menegaskan, kenyataan seumpama itu, atau merujuk kepadanya atau berkarektor sebagaimana disebarkan, TIDAK PERNAH disebut atau dilafaz ketika keterangan saya kepada PAC dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

Kenyataan saya terhadap PAC iaitu sebuah jawatankuasa sahih dan diperakui Parlimen Malaysia, TIDAK PERNAH dibincangkan di media sosial dan TIDAK PERNAH melantik mana-mana pihak untuk membuat kenyataan mewakili diri saya.

Saya ingin menasihatkan pengguna laman sosial untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang sebaran spekulasi dan khabar angin TANPA pengesahan pihak yang sahih.

Satu laporan polis akan turut dibuat dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melakukan sebaran TIDAK BENAR mengandungi ayat samada ia merujuk, berkait dan memfitnah saya serta individu yang dirujuk sebagai saya.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh