Bangunan Berusia 208 Tahun Dirobohkan Untuk Bina Hotel Lima Bintang Di Pulau Pinang

Mengejutkan! Media melaporkan bahawa sebahagian struktur di tapak bangunan berusia 208 tahun di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang telah dirobohkan semasa cuti umum Tahun Baru Cina!

Dan TIADA papan tanda pemberitahuan projek!

Media juga melaporkan ianya untuk memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang dan bangunan komersial di situ.

Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami mahu penjelasan daripada kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,” katanya.

Bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.

Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.

Selepas itu, Hotel Runnymede mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Ya, kenapa bangunan itu dirobohkan semasa cuti umum?

Jika merujuk Runnymede Masterplan, Malaysia : Penang Development http://www.e-architect.co.uk/malaysia/runnymede-development-penang adalah bangunan-bangunan tinggi yang akan mengelilingi bangunan Runnymede.

Nampaknya, satu lagi projek mega negeri kerajaan DAP yang tidak akan mampu dibeli oleh rakyat biasa.
http://www.penangpropertytalk.com/2015/07/runnymede-bay/

Dan jika merujuk http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/08/06/calls-to-preserve-runnymede-hotel/

Maksudnya, bangunan asal atau original telah dirobohkan!

Ironinya, tindakan merobohkan bangunan ini telah mendapat kritikan rakyat Pulau Pinang tetapi kerajaan DAP buat bodoh sahaja.

Parti yang mereka sokong tidak mahu mendengar rayuan mereka! Padan muka! Sokong lagi kerajaan DAP dan tokong DAP!

Sumber:http://novandri.blogspot.com/2016/02/padan-muka-roboh-lagi-di-negeri.html#more